• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin COVID-19 Percuma Turut Diberi Kepada Warganegara Asing

oleh
11/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan setuju Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula penghujung bulan ini akan turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

Menurut kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin, perkara berkenaan diputuskan mesyuarat jemaah menteri semalam.

“Ini akan melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia. Walaupun begitu, keutamaan pemberian vaksin COVID-19 adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu. Maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warganegara asing akan diumumkan kelak.

“Keputusan itu selepas mengambil kira persekitaran selamat serta bebas COVID-19 dalam negara hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk diberikan vaksin dan pemberian vaksin dalam tempoh pandemik seperti mana sekarang adalah langkah berperikemanusiaan.

“Ini selari tema program berkenaan iaitu ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ serta menerusi pendekatan “tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat”,” menurut Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu hari ini.

Menurut kedua-duanya, keputusan itu juga diambil melihat kepada rekod jumlah pesakit yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing dan kos rawatan dan kuarantin pesakit COVID-19 yang tinggi akibat jangkitan kepada kluster-kluster berkenaan.

“Pekerja asing juga telah menjadi sebahagian komuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara,” menurut kedua-duanya dalam kenyataan itu.

Mereka berkata keputusan juga dibuat selepas mengambil kira layanan sama turut diberi sebahagian negara luar kepada warganegara Malaysia yang berada di negara mereka.

“Keputusan ini akan memudahkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara dan membantu menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Keputusan pemberian secara percuma ini juga dibuat memandangkan akses bekalan vaksin COVID-19 yang diperoleh Malaysia adalah mencukupi serta melebihi jumlah warganegara Malaysia yang layak menerimanya,” kata kenyataan itu lagi.

Keputusan berkenaan selari dengan pendirian kerajaan untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin populasi di Malaysia bagi membolehkan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam usaha membendung pandemik COVID-19, jelasnya. – BERNAMA

Tags: Imunisasivaksin covid-19warga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kuih Bakul Halal Hasil Tangan Mualaf

Next Post

Kecoh 2 Pesakit Covid-19 Curi Telefon

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

Kecoh 2 Pesakit Covid-19 Curi Telefon

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd