• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tommy Thomas Melanggar Sumpah Rahsia – Rais

oleh
03/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan pendedahan yang dikeluarkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas melalui bukunya yang berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ telah melanggar sumpah rahsia sebagai bekas Peguam Negara.

Menerusi ciapan di Twitter beliau pada Selasa, Rais memberitahu bahawa Tommy seharusnya memegang teguh kepada sumpah setia jawatan serta sumpah simpan rahsia ketika dilantik sebagai Peguam Negara.

“Tommy mengangkat sumpah rahsia dan sumpah setia jawatan sebagai bekas Peguam Negara.

“Di sebalik pendedahan yang dilakukan melalui bukunya, beliau nampaknya telah melangkaui prinsip nama baik dan makna kedua-dua sumpah tersebut,” katanya.

Terdahulu, Tommy mendedahkan dalam buku memoirnya beberapa perkara ketika beliau menjadi Peguam Negara.

Antara pendedahannya adalah mendakwa bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad campur tangan dan berkeras ingin menjadi Perdana Menteri sementara selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyandang jawatan itu.

Selain itu, Tommy turut mendakwa Dr Mahathir sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu. – Sinar Harian

Tags: Peguam NegaraRais YatimTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

13/08/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd