• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Buang Sisa Kimia Di Rizab Sungai Langat Ditahan

oleh
08/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit kes pembuangan sisa bahan kimia secara haram di rizab Sungai Langat, Taman Sri Reko, dekat Kajang, 3 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar, berkata suspek berusia awal 30-an itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang di Bukit Serdang, Sabtu lalu.

Katanya, tangkapan itu susulan serbuan dilakukan sepasukan anggota JAS Selangor dan polis.

“Hasil maklumat risikan, JAS Selangor menemui lori muatan tiga tan yang disyaki digunakan dalam aktiviti terbabit yang berpotensi mencemarkan sungai dan menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor.

“Lori berkenaan kemudian disita untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas perkembangan kes itu.

Nor Aziah berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk mendakwa suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang sabit kesalahan boleh dipenjara mandatori dan didenda tidak melebihi RM500,000,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan, kerajaan Selangor mengesan dua lokasi pembuangan sisa bahan kimia secara haram di Taman Sri Reko dan Kajang Perdana.

Siasatan dilakukan JAS, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menemui 21 tong sisa kimia di lokasi terbabit.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan cubaan mensabotaj bekalan air dengan penemuan tong bahan kimia itu.

Katanya, kegiatan jenayah itu perlu diperangi demi kesejahteraan hidup rakyat.

“Semua tong mengandungi bahan kimia dipercayai bahan alkali ditemui berhampiran Sungai Langat.

“Kerajaan Selangor tiada kompromi atas cubaan untuk sabotaj bekalan air yang akan menjejaskan kehidupan rakyat. Jenayah ini harus diperangi,” katanya. – BH Online

Tags: JAS SelangorPencemaran Sungaisisa kimiasungai langat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Bina Denai 10,000 KM, Elak Pencemaran Sungai

Kerajaan Bina Denai 10,000 KM, Elak Pencemaran Sungai

19/02/2023
0

KOTA BHARU : Kerajaan menyasarkan pembinaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) sepanjang 10,000 kilometer (km) di sepanjang sungai menjelang 2030, dalam...

Johor Wujudkan Jawatankuasa Pantau Pencemaran Sungai

Johor Wujudkan Jawatankuasa Pantau Pencemaran Sungai

03/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Penguatkuasaan dan Pemantauan Pencemaran Sungai-Sungai Di Johor dalam usaha memulihkan sungai-sungai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd