• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Hantar Pulang Rakyat Malaysia Terpengaruh ISIS

oleh
09/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seorang rakyat Malaysia berumur 33 tahun dihantar pulang ke negara asalnya pada Ogos 2020 selepas siasatan menunjukkan bahawa lelaki itu merupakan penyokong kumpulan militan ISIS.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura dalam kenyataan hari ini memaklumkan isteri lelaki terbabit bagaimanapun dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tempoh dua tahun pada Ogos tahun lepas selepas siasatan mendapati wanita itu terpengaruh dengan ideologi radikal suaminya.

ISD memberitahu pihaknya bekerjasama rapat dengan Cawangan Khas Malaysia (MSB) dalam penyiasatan terhadap Mohd Firdaus Kamal Intdzam, seorang pekerja pembersihan di Singapura yang ditahan di bawah ISA pada Julai 2020.

“Pas kerjanya dibatalkan dan dia dihantar pulang ke Malaysia dan diserahkan kepada MSB pada Ogos 2020 sebaik siasatan ISD terhadapnya selesai,” menurut kenyataan itu di sini.

Antara lain, ISD menyatakan Mohd Firdaus mula menjadi radikal pada 2016 apabila dia menyimpan niat untuk ke Syria bersama isterinya untuk menyertai perjuangan bersama ISIS.

Isterinya, Ruqayyah Ramli seorang warga Singapura berusia 34 tahun turut menyokong niat Mohd Firdaus untuk menyertai ISIS dan memulakan perjuangan di Syria, menurut jabatan itu.

Suri rumah yang juga guru agama sambilan itu bersedia menemani suaminya ke Syria dengan membawa bersama dua anaknya.

“Wanita itu percaya peranannya di zon konflik itu ialah menjaga keluarga (dengan memasak dan melakukan kerja rumah) dan membantu pejuang ISIS yang cedera,” menurut ISD. – BERNAMA

Tags: ISAISISKumpulan MilitanSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peluang Jadi Sukarelawan Vaksin Covid-19 Masih Terbuka

Next Post

Pengarah, Pengurus Dan Syarikat Didakwa Bekal Daging Tak Halal

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Pengarah, Pengurus Dan Syarikat Didakwa Bekal Daging Tak Halal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd