• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Tipu Wakaf Telaga Kemboja

oleh
02/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sikap dermawan rakyat Malaysia membantu pembinaan telaga di Kemboja bagi manfaat umat Islam di negara itu menarik perhatian pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.

Pendakwah yang juga Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung, mendedahkan kewujudan sindiket yang mengambil kesempatan terhadap kemurahan hati umat Islam di negara untuk ‘membuat’ duit.

Beliau berkata, hal itu didedahkan kepadanya ketika berada di negara berkenaan bersama beberapa aktivis dan pendakwah tempatan.

Dakwanya, meskipun sudah menerima wang sumbangan daripada rakyat Malaysia, sindiket tidak membina telaga baharu, sebaliknya hanya mengecat semula telaga sedia ada.

“Terlalu ramai dari Malaysia memberikan derma untuk membuat telaga di Kemboja. Permulaannya baik tetapi akhirnya ia menjadi lubuk buat duit.

“Sindiket ini hanya membuat perubahan kosmetik kepada telaga sedia ada dan kemudian wakil di Kemboja meletakkan logo atau nama individu yang menaja dan begitulah seterusnya.

“Gambar memberi 1,000 makna dan begitulah caranya sindiket ini membuat penipuan. Mereka ambil gambar dengan caption (keterangan) dan kemudian tertipulah orang ramai melalui mainan emosi,” katanya.

Firdaus ketika dihubungi hari ini, menasihatkan mereka yang mahu berinfak memilih pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpengalaman dalam program dakwah dan kebajikan.

“Boleh teruskan bersedekah tetapi elakkan NGO baharu yang terus meminta derma untuk program mereka,” katanya.

Firdaus berkata, semakan mengenai sesuatu NGO perlu dilakukan sebaik mungkin termasuk mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa.

“Benar jika niat ikhlas, kita akan diberi ganjaran oleh Allah tetapi pada masa sama perlu berusaha memastikan infak diberi tidak dieksploitasi mana-mana sindiket.

“Saranan saya, mereka yang ingin berinfak pastikan NGO dipilih ada hubungan rapat dengan intitusi agama atau kerajaan tempatan di negara mereka melakukan dakwah dan kebajikan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Pahang (Yayasan Amal), Zainal Abidin Mohamad, menyifatkan kehadiran sindiket itu akan mengganggu usaha membantu umat Islam Kemboja yang memerlukan bekalan air bersih.

Setakat ini, katanya, pertubuhan itu yang bekerjasama dengan wakil dari Kemboja sudah membina 24 telaga tiub di sekitar madrasah dan kampung masyarakat Islam di Sihanoukville dan Kampot.

Katanya, pembinaan telaga itu setiap satunya, membabitkan kos kira-kira RM1,500 bergantung kepada bentuk muka bumi sesuatu kawasan.

“Ada juga penduduk yang meminta telaga dibina di perkampungan mereka tetapi tidak dapat dipenuhi memandangkan ketiadaan sumber air di sesetengah kawasan.

“Bagi mengelakkan penyelewengan, Yayasan Amal tidak menyerahkan bantuan kepada orang tengah, sebaliknya mengunjungi terus perkampungan berkenaan ketika pembinaan telaga dilakukan,” katanya.

Zainal Abidin berkata, sebahagian umat Islam di negara itu bergantung sepenuhnya dengan sumber air sungai, malah ada yang terpaksa mengeluarkan belanja untuk mendapatkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian sedangkan pendapatan mereka tidak seberapa.

“Sikap tidak bertanggungjawab sindiket melakukan penipuan sebegini akan menyebabkan semua pertubuhan terpalit sama dan seterusnya merencatkan usaha membantu umat Islam Kemboja,” katanya.

Sementara itu, jurucakap sebuah syarikat yang hanya ingin dikenali sebagai Muhamad berkata, pihaknya menawarkan lima bahagian telaga pada harga serendah RM170 setiap satu bagi umat Islam yang berminat menyertai wakaf telaga Kemboja.

Katanya, harga RM850 bagi setiap telaga itu adalah lebih murah berbanding ditawarkan NGO, memandangkan urusan pembinaan telaga berkenaan diuruskan sendiri ahli keluarganya yang berasal dari sana tanpa menggunakan orang perantaraan.

Setakat ini, katanya, syarikat itu sudah membina lebih 100 telaga di Kemboja hasil daripada sumbangan umat Islam. – BH Online

Tags: KembojaSindiket Penipuantelagawakaf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita mendakwa  asal Kamboja merayu bantuan Indonesia bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd