• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siaran Pertama DidikTV KPM Esok

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu bapa kini boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan TV Pendidikan dikenali DidikTV KPM sebagai antara usaha menyelesaikan permasalahan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

DidikTV KPM akan bersiaran dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari mulai esok dengan majlis pelancarannya disempurnakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 8 pagi.

Jurukimpal, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, 40, berkata, dia bersyukur susulan wujudnya DidikTV KPM kerana dapat membantu menyelesaikan masalah PdPR terutama buat mereka yang tinggal di pedalaman.

“Diharap dengan wujudnya DidikTV KPM dapat membantu anak saya berusia tujuh dan 10 tahun untuk lebih fokus dalam pembelajaran.

“Malah, penggunaan pembelajaran secara grafik dan animasi di DidikTV KPM pastinya menarik minat murid untuk belajar,” katanya.

Menurutnya, dia berharap DidikTV KPM diteruskan pada masa akan datang dan tidak hanya tertumpu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, kewujudan DidikTV KPM boleh mengatasi kekangan peralatan peranti elektronik dan capaian Internet yang dihadapi pelajar terutama di luar bandar.

“Perancangan untuk Perdana Menteri menyempurnakan pelancaran saluran itu pada hari pertama siarannya juga menunjukkan satu petanda bahawa negara begitu prihatin terhadap pendidikan,” katanya dalam panggilan video secara langsung di Buletin Bernama yang disiarkan Bernama TV, semalam.

Beliau berkata, dengan adanya DidikTV KPM, pendidikan yang berkualiti dan bermutu tinggi dapat dicapai oleh semua rakyat negara ini tanpa berlakunya keciciran terutama mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.

Sementara itu, KPM berkata, inisiatif mewujudkan saluran khusus itu adalah usaha berterusan kementerian dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua murid di seluruh negara.

“Sebelum ini, KPM menyediakan program TV Pendidikan selama 11 jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV Astro dan DidikTV@ntv7.

“Kini buat pertama kalinya, KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari,” katanya.

Siaran DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran ntv7 di TV UNIFI.

“Selain itu, bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi penalaan automatik.

“DidikTV KPM akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus dengan berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM,” katanya.

Saluran berkenaan akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur serta kandungan yang dihasilkan oleh murid selain program antarabangsa yang bersesuaian.

“DidikTV KPM juga satu platform untuk memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai murni dan mewujudkan masyarakat berinformasi. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya. – myMetro Online

Tags: DidikTVKPMPdPRTV Pendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd