• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Sektor Peruncitan Boleh Dibuka Semula

oleh
09/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bermula esok bagi memastikan kelangsungan ekonomi khususnya kepada peniaga kecil.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sektor berkenaan adalah kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai kasut, kedai barang fotografi, perkhidmatan fotografi, barangan terpakai, kedai bunga atau nurseri serta kedai antik.

“Selain itu, kedai kraftangan dan cenderahati, kedai alat permainan permaidani, kandungan kreatif, ‘outdoor’ dan peralatan sukan.

“Kita juga membenarkan barangan rumah dan peralatan dapur, kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi, kedai tembakau, kedai aksesori kenderaan serta Ar Rahnu beroperasi,” katanya dalam sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Katanya, pembukaan sektor itu membabitkan prosedur operasi standard (SOP) seperti proses nyah kuman dan pembersihan dilakukan tiga kali sehari dalam tempoh operasi.

“Mewajibkan pekerja dan pelanggan memakai pelitup muka semasa berada di dalam premis.

“Pelanggan dengan suhu 37.5 darjah Celsius dan ke atas tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam premis, cecair pembasmi kuman tangan disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk ke premis.

“Memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis serta kehadiran pekerja dan pelanggan direkodkan secara manual atau aplikasi MySejahtera,” katanya.

Ismail Sabri berkata, selain itu pelanggan digalakkan membuat bayaran secara elektronik.

“Bagi kedai pakaian, pemilik premis perlu menyediakan sarung tangan pakai buang kepada pelanggan untuk memilih pakaian.

“Bagi kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi, hanya aktiviti jual beli sahaja dibenarkan manakala rundingan secara bersemuka serta penggunaan ‘cosmetic testers’ tidak dibenarkan,” katanya.

Katanya, bagi kedai barang dan perkhidmatan fotografi, penggunaan studio hanya membabitkan seorang pelanggan dan jurugambar sahaja.

“Bagaimanapun, penggunaan studio penggambaran (kecuali perkhidmatan gambar passport, visa dan lesen) adalah tidak dibenarkan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Ekonomiperintah kawalan pergerakansektor peruncitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd