• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segerakan Umum Perkembangan Kes Adib – Pemuda UMNO

oleh
11/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemuda UMNO mendesak kerajaan segera mengumumkan perkembangan siasatan dan tindakan yang diambil berhubung kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia agar pihak keluarga arwah tidak berterusan dibiarkan dalam ‘kegelapan’.

“Lebih lama kes ini dibiarkan tertangguh, lebih kuat persepsi yang timbul seolah-olah keadilan semakin dinafikan buat keluarga arwah Adib sebagaimana prinsip undang-undang ‘justice delayed is justice denied’,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Khamis.

Asyraf Wajdi menegaskan, Mahkamah Koroner membuat keputusan pada 26 September 2019 bahawa kematian Muhammad Adib berpunca dari perbuatan jenayah akibat dipukul.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini iaitu sudah lebih setahun empat bulan tetapi tiada apa-apa tindakan diambil pihak berkuasa.

“Malah janji kerajaan sejak Disember lalu untuk menyegerakan siasatan yang dikatakan sudah sampai ke peringkat akhir masih belum dibuat sebarang pengumuman rasmi akan hasilnya sehingga kini,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan rayuan bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid akan didengar pada 28 Mei depan.

Rayuan tersebut berhubung tindakan Mohd Kassim memfailkan permohonan ex parte untuk perintah komital terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas kerana didakwa menghina mahkamah apabila memfailkan afidavit dari Pejabat Peguam Negara pada 3 April 2019.

Afidavit itu dilaporkan mendakwa kematian Muhammad Adib bukan akibat kecederaan yang dialaminya.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas di Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Ia berikutan kecederaan parah yang dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui. – Sinar Harian

Tags: anggota bombaMuhammad AdibPemuda UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

28/03/2026
0

MARAN – Detik cemas bertukar menjadi kisah keberanian apabila pasukan lori tangki Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bertindak pantas membantu...

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd