• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segera Asing Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya

oleh
10/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelbagai komen, rujukan dan pendedahan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menerusi bukunya, ‘My Story: Justice in the Wilderness’ membuktikan perlunya pengasingan kuasa antara Pendakwa Raya dan Peguam Negara.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pengasingan kuasa itu perlu segera dilakukan kerana ia penting dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap institusi terbabit.

“Buku tulisan Thomas mendorong Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) terpaksa mempertahankan reputasi kakitangan yang bekerja keras di Pejabat Peguam Negara (AGC).

“Namun, realitinya persepsi umum terhadap AGC jelas bertentangan. Tiada autobiografi mahupun kenyataan yang mampu mengubah persepsi terhadap AGC sehinggalah Parlimen bersidang semula dan melakukan perubahan struktur serta reformasi yang diperlukan.

“Pengasingan kuasa ini juga terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dahulu kononnya akan segera dilaksanakan sebaik mengambil alih kerajaan. Namun dengan pelbagai kajian komprehensif masih berjalan sehinggalah PH tidak lagi berkuasa, ia masih belum terlaksana,” katanya menerusi kenyataan dalam blog rasminya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, apa yang terkandung dalam buku tulisan Thomas mengenai peruntukan jawatan Peguam Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, adalah struktur lama dalam era baharu.

Justeru, beliau menegaskan, Parlimen perlu diiktiraf sebagai institusi yang telus bertanggungjawab melakukan semak dan imbang dalam isu pelantikan dan penyingkiran Peguam Negara.

“Dalam konteks kemungkinan berat sebelah, bagaimana seorang individu yang dilantik atas nasihat Perdana Menteri sebagai Peguam Negara mampu menasihatkan kerajaan dan pada masa sama memiliki kuasa untuk mendakwa? Di manakah semak dan imbang?

“Amat penting untuk kita ingat bahawa jawatan Peguam Negara termaktub dalam Perlembagaan dan oleh itu, Peguam Negara bukan mewakili badan eksekutif atau kehakiman. Peguam Negara seharusnya bebas,” katanya. – BH Online

Tags: Peguam Negarapendakwa raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

13/08/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd