• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Residensi Prihatin Untuk B40 Di KL, Putrajaya

oleh
22/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) komited membantu golongan B40 di Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk memiliki rumah pertama menerusi pengenalan Residensi Prihatin.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 12,253 unit rumah sedang dalam perancangan untuk dibina di Putrajaya, membabitkan 10 tapak projek di Presint 5, 7, 11, 16 dan 19, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.

Katanya, rumah berkenaan yang berkeluasan 750 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur, ruang tamu dan makan serta laman, selain berbentuk rumah berstrata.

“Bagi memastikan kumpulan sasar yang tepat beroleh manfaat terbabit, permohonan Residensi Prihatin ini memberi penekanan kepada pemohon bagi rumah pertama dan masih belum memiliki rumah. 

“Keutamaan turut diberikan kepada penjawat awam dan pembeli yang terdiri daripada kumpulan keluarga muda. 

“Di samping itu, penetapan syarat minimum 60 peratus daripada jumlah unit pembangunan ini akan diperuntukkan kepada kuota Bumiputera bagi mengatasi masalah pemilikan rumah oleh kumpulan B40,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pembangunan Residensi Prihatin ini meliputi kemudahan seperti surau, dewan serbaguna, tadika, taska, ruang niaga, gelanggang badminton, taman permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta berbumbung bagi memastikan persekitaran hidup kondusif dan berkualiti. 

Katanya, individu yang lahir, menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan yang berminat untuk memiliki unit Residensi Prihatin ini, boleh membuat pendaftaran permohonan secara atas talian di portal Residensi Prihatin https://residensiprihatin.kwp.gov.my bermula esok. 

“Permohonan terbuka kepada mereka yang mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi RM5,000 sebulan dan keutamaan akan diberikan kepada pemohon belia yang sudah berkahwin. 

“Bagi memastikan kumpulan sasar yang tepat beroleh manfaat ini, permohonan Residensi Prihatin memberi penekanan kepada pemohon bagi rumah pertama dan masih belum memiliki rumah,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap pelaksanaan program di bawah Cakna Perumahan ini dapat mengatasi isu kesukaran pemilikan rumah di Wilayah Persekutuan terutama kepada golongan muda. – myMetro Online

Tags: B40kuala lumpurPutrajayaResidensi PrihatinRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd