• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Vaksinasi COVID-19 Negeri Dilaksana Berperingkat

oleh
24/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Proses vaksinasi bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat di setiap negeri.

Menteri Penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin, berkata ini kerana tidak semua 532 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudah menerima bekalan vaksin COVID-19 kerana jumlah dos vaksin yang diterima daripada pembekal masih lagi terhad.

“Jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa mengikut jadual penghantaran seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Segala persiapan di seluruh negara sedang dijalankan dengan rapi dan kita percaya bahawa apabila dimulakan di negeri masing-masing, ia akan berlangsung dengan lancar dan selamat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran program itu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.

Muhyiddin hari ini menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, yang menandakan program vaksinasi bermula secara rasminya hari ini. 

Turut menjalani proses vaksinasi hari ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM). 

Khairy berkata, Selangor akan memulakan program itu esok; diikuti Pahang, Sarawak dan Terengganu pada (26 Februari); Labuan (27 Februari); Kedah (28 Februari); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Perak dan Perlis (1 Mac); Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan (2 Mac) dan Sabah (4 Mac).

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, vaksin keluaran Johnson & Johnson masih dalam peringkat penilaian dan akan memuktamadkan kertas terma vaksin berkenaan dalam masa terdekat.

Empat vaksin lain iaitu Sinovac, CanSinoBIO, AstraZeneca dan Sputnik V masih dalam penilaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), katanya. – BERNAMA

Tags: Imunisasivaksin covid-19vaksinasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd