• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengambilalihan FGV Perlu Utamakan Peneroka

oleh
08/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mahu pengambilalihan FGV Holdings Berhad oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dilaksanakan dengan mengutamakan kepentingan pihak terlibat, khususnya peneroka dan warga Felda.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata pengambilalihan itu antara lain perlu memastikan keuntungan bersama dikecapi pihak terlibat menerusi terma yang munasabah dan tidak membabitkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Ini termasuk memastikan harga RM1.30 sesaham yang ditawarkan bersesuaian dengan harga pasaran semasa, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ini kerana sebahagian besar peneroka merupakan pemegang saham FGV.

Pada masa sama, beliau berkata jawatankuasa itu juga mahu pihak yang berkenaan memastikan pengambilalihan tersebut menjadi tunjang kemajuan Felda melalui pewujudan kerja berpendapatan tinggi, ekonomi berskala besar, meningkatkan taraf pendidikan dan latihan, memperkasakan kebajikan peneroka dan generasi mereka serta membangunkan keusahawanan dalam kalangan generasi kedua dan ketiga peneroka. 

“Felda juga perlu memastikan peneroka dan aset syarikat terus dilindungi daripada dimanipulasi oleh pedagang rakus, syarikat konglomerat asing dan pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan organisasi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata  Felda juga harus memberi jaminan prestasi termasuk harga dan kadar perahan minyak sawit diperhalusi, dibincangkan dan ditambah nilai menerusi rundingan bersama bagi melindungi peneroka.

“Kaukus juga berharap demi kepentingan 112,638 peneroka dan dua juta warga besar Felda, pengambilalihan ke atas FGV dilaksanakan secara lancar, harmoni dan baik,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Felda membeli 1.65 juta lagi saham FGV daripada pasaran terbuka pada harga tawaran RM1.30 sesaham pada 4 Februari lepas (Khamis).

Ini menyusuli pengumuman Felda pada 8 Disember 2020 akan cadangannya untuk membuat tawaran pengambilalihan selepas membeli 222.48 juta saham FGV (6.1 peratus kepentingan) dipegang oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan 283.71 juta saham FGV (7.78 peratus kepentingan) dipegang oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd bernilai RM658 juta.

Setakat 29 Januari lalu,  Felda dan mereka yang terlibat memegang sebanyak 68.76 peratus kepentingan dalam FGV. – BERNAMA

Tags: FeldaFGVPeneroka FELDA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DoJ Serah Waran Rampas AS$330 Juta ‘Dana Berkaitan 1MDB’

Next Post

LHDN Saman Sekutu Jho Low Tuntut Bayar Cukai RM68 Juta

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

Next Post

LHDN Saman Sekutu Jho Low Tuntut Bayar Cukai RM68 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd