• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerima Vaksin Covid-19 Tak Alami Kesan Sampingan, Alahan

oleh
25/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya sihat dan tiada sebarang kesan sampingan atau alahan yang diterima selepas mendapat suntikan vaksin semalam,” kata Penolong Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Khairul Asraf Mohd Yasin. 

Dia adalah antara petugas barisan hadapan yang terawal menerima suntikan vaksin ketika Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), di PKD Putrajaya Presint 11, semalam. 

Khairul berkata, disebabkan tiada sebarang kesan sampingan atau alahan yang diterima, dia dapat menjalankan tugasnya seperti kebiasaan di PKD Putrajaya hari ini.

“Alhamdulillah, saya sihat. Tiada kesan sampingan atau alahan. Hari ini saya masih bertugas seperti biasa,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini. 

Dalam pada itu, Khairul turut berharap supaya program imunisasi yang bermula semalam dapat berjalan lancar serta meminta orang ramai untuk tampil ke hadapan bagi menerima suntikan vaksin. 

“Dengarlah saranan pakar kesihatan. Jangan percaya dengan berita palsu. Vaksin bukan sahaja penting untuk diri sendiri tetapi bagi melindungi orang yang kita sayang. Lindungi diri, lindungi semua,” katanya. 

Sementara itu seorang lagi penerima vaksin, Jururawat Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya, Sheilla Mellissa Sikin berkata, dia juga tidak mendapat sebarang alahan selepas disuntik. 

“Sehari selepas menerima vaksin, tiada apa-apa kesan sampingan yang teruk pun, cuma sakit di bahagian yang disuntik. Sakitnya sama seperti menerima suntikan Tetanus (kancing gigi), itu sahaja. Semasa tidur pun tiada masalah, lena sahaja. Secara keseluruhannya semuanya okay. 

“Diharapkan rakyat Malaysia bersiap sedia dan tampil untuk menerima vaksin Covid-19 supaya kita dapat mengawal serta menghapuskan virus berkenaan. 

“Mereka juga dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan isu yang tular berkaitan vaksin ini kerana ia sudah dikaji dan terbukti keberkesanannya. Seharusnya masyarakat perlu mempercayai bahawa melalui penerimaan vaksin ini kita dapat melindungi diri dan juga masyarakat,” katanya. 

Sementara itu, pemandu di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Clement Marai Francis berkata, sehingga hari ini dia tidak mengalami sebarang kesan samping dan semuanya seperti biasa.

“Saya tidak ada rasa apa-apa dan boleh tidur seperti biasa.

“Malah, hari ini pun saya bertugas menghantar sampel ujian saringan Covid-19 ke makmal… Nampak macam tak ada apa,” katanya.

Kesemua petugas barisan hadapan kesihatan itu adalah antara individu yang menjalani vaksinasi melalui PICK yang bermula semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia menerima vaksin keluaran Pfizer dan BioNTech di PKD Putrajaya semalam.

Turut menerima vaksin itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dan Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya, Dr Tan Yee Ling.

Permulaan fasa pertama PICK itu akan menyaksikan petugas barisan hadapan menerima vaksin masing-masing secara berperingkat-peringkat mengikut negeri, dalam usaha kerajaan melawan penukaran Covid-19 di negara ini. – myMetro Online

Tags: Imunisasivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd