• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembayaran Fasa 1 BPR Mulai Hari Ini

oleh
24/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan dari Mei depan kepada penghujung Februari ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pembayaran membabitkan peruntukan RM1.93 bilion itu akan dibuat secara berperingkat mulai Rabu ini bagi membantu kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian. 

Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa komited bagi memastikan bantuan diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Seramai 4.4 juta daripada 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran RM300 setiap penerima bagi kategori isi rumah manakala 4.05 juta penerima akan mendapat bayaran RM150 seorang bagi kategori individu bujang.

“Isi rumah dan individu bujang akan menerima bayaran yang terus dikreditkan ke akaun bank manakala penerima tidak mempunyai akaun bank, boleh ambil bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Jumaat ini. 

“Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula akan menerima bayaran di lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0), antara 1 Mac hingga 1 April depan,” katanya dalam kenyataan, semalam. 

Sebelum ini dilaporkan, tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini bagi BPR dilanjutkan hingga 25 Februari ini, selain penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu atau kemaskini jika tiada sebarang perubahan maklumat. – myMetro Online

Tags: bantuan prihatin rakyatBPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerima BPR Terima Bayaran Mulai Hari Ini

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR, akan dikreditkan ke dalam akaun...

Keputusan Rayuan BPR Pada Penghujung September

06/09/2021
0

BERA - Kerajaan akan mengumumkan keputusan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada penghujung September ini. Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd