• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasihat Agong Bubar Parlimen Bila COVID-19 Reda – PM

oleh
04/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya ingin ulangi komitmen saya bahawa saya akan menasihati Seri Paduka Baginda untuk membubarkan parlimen sebaik saja penularan wabak Covid-19 reda dan Pilihan Raya Umum (PRU) adalah selamat untuk diadakan.” 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Proklamasi Darurat yang dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertujuan memberikan bidang kuasa tertentu kepada kerajaan untuk mengurus pandemik Covid-19 dengan lebih cepat, cekap dan berkesan.

“Tindakan serta-merta sedang diambil kerajaan di bawah peruntukan Ordinan Darurat yang sedang berkuat kuasa. Proklamasi Darurat ini tidak mempunyai tujuan lain selain daripada membendung penularan Covid-19 dengan lebih berkesan dan melindungi nyawa rakyat.

“Kerajaan mendapat perkenan selepas Tuanku berpuas hati penularan wabak Covid-19 di negara ini berada di tahap kritikal dan perlunya pelaksanaan darurat selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pihak supaya berhenti melemparkan tohmahan yang tidak berasas terhadap keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memperkenankan Proklamasi Darurat,” katanya pada Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

Muhyiddin berkata, walaupun segelintir pihak cuba mencabar Proklamasi Darurat di mahkamah, beliau percaya Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara amat memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara.

“Sebagai ketua kerajaan, saya juga sentiasa menghormati sistem dan proses perundangan negara kita yang berpaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. 

“Saya menyeru rakan-rakan saya baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan menggembleng usaha memerangi wabak Covid-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik,” katanya. – myMetro Online

Tags: Bubar ParlimenCovid-19Perdana MenteriYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kompaun Lebih Tinggi Pesalah Berulang Langgar SOP

Next Post

Pasar Malam, Kedai Gunting, Pusat Cuci Kereta Dibenar Beroperasi

Related Posts

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

13/01/2025
0

KOTA TINGGI: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini melawat mangsa banjir di daerah ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

Pasar Malam, Kedai Gunting, Pusat Cuci Kereta Dibenar Beroperasi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd