• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NASA Terbitkan Gambar Panorama Marikh

oleh
25/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menerbitkan paparan panorama menakjubkan tapak pendaratan Perseverance di planet Marikh, semalam.

Paparan panorama itu menunjukkan jurang Kawah Jezero yang menjadi lokasi pendaratan peninjau itu minggu lalu, selain tebing delta sungai lampau.

Ia diambil dengan memutarkan tiang peninjau itu 360 darjah, yang dilengkapi kamera berkembar dan boleh mengambil video dan gambar berdefinisi tinggi.

Paparan panorama itu membabitkan 142 gambar berasingan yang digabungkan bersama di bumi, kata NASA.

“Kami berada di lokasi yang baik, di mana boleh dilihat pelbagai ciri-ciri Marikh yang sama dengan ciri yang ditemui oleh peninjau Spirit, Opportunity, dan Curiosity di tapak pendaratan masing-masing,” kata pakar dari Fakulti Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas Arizona State University, Jim Bell.

Spirit, Opportunity dan Curiosity adalah misi terdahulu ke Marikh.

NASA memaklumkan, kamera peninjau itu akan membantu saintis menilai sejarah geologi dan keadaan atmosfera Kawah Jezero serta mengenal pasti batuan dan mendapan yang sesuai diteliti dan dikumpul untuk di bawa pulang ke bumi.

Isnin lalu, NASA menerbitkan audio pertama dari Marikh, membabitkan rakaman desiran angin secara samar yang dirakam oleh mikrofon pada Perseverance.

NASA turut menerbitkan video pendaratan peninjau itu, yang kini memulakan misi mencari kesan-kesan kehidupan lampau di Marikh. – Agensi

Tags: MarikhNASA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vaksin COVID-19 Pfizer 94% Berkesan – Kajian

Next Post

Lebih Setengah Juta Rakyat Malaysia Daftar Imunisasi Covid-19

Related Posts

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

25/12/2024
0

WASHINGTON: Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah semalam apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari....

Kontraktor Didakwa Pandu Berbahaya, Sebabkan Kematian Zuhal, Marikh

Kontraktor Didakwa Pandu Berbahaya, Sebabkan Kematian Zuhal, Marikh

09/04/2024
0

Sungai Siput : Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan memandu secara...

Next Post

Lebih Setengah Juta Rakyat Malaysia Daftar Imunisasi Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd