• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tuntut Thomas Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan

oleh
03/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menuntut bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya berhubung pembunuhan seorang wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang diterbitkan baru-baru ini.

Firma guaman Tetuan Shafee & Co, yang mewakili Najib, dalam surat tuntutan, berkata ia telah diarahkan untuk menuntut agar kenyataan itu ditarik balik dengan jelas daripada buku itu dan permohonan maaf sepenuhnya bagi fitnah dalam bab 42 di bawah tajuk ‘Altantuya’.

“Anak guam kami juga telah mengarahkan kami agar menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada anda bagi kecederaan terhadap reputasinya serta aku janji untuk tidak mengulangi dakwaan dan komen terbabit,” katanya. 

Dokumen itu turut menyebut bahawa dengan inferens dan sindiran yang jelas, Thomas telah menghantar mesej bahawa beliau, sebagai AG dan Pendakwa Raya ketika itu, berpuas hati dengan kebenaran dakwaan dua individu yang telah disabitkan bahawa Najib terlibat dalam mengarahkan mereka membunuh Altantuya.

“Kenyataan anda yang dipertikaikan telah menyatakan bahawa anak guam kami amat cuai, bersikap melulu, tidak bertanggungjawab, sengaja, berniat jahat dan dibuat dengan tujuan merendahkan harga diri serta reputasi baik anak guam kami di mata orang awam selain mendedahkan anak guam kami kepada kebencian, cemuhan, penghinaan dan ejekan umum,” katanya. 

Surat itu juga menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah jelas bermotifkan niat jahat dan secara prinsipnya dilakukan demi kepentingan diri Thomas dalam mencari publisiti murahan yang didorong oleh egonya, sensationalisme dan keuntungan. 

“Oleh itu, kami menuntut jawapan yang memuaskan daripada Thomas sebelum 12 tengah hari Jumaat ini; jika kami tidak menerimanya, arahan jelas untuk kami ialah memulakan prosiding perundangan pada awal minggu depan,” katanya.

Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu, dalam kenyataan berasingan hari ini, memaklumkan bahawa Thomas telah tersalah fakta dalam memoirnya, terutama dalam bab mengenai Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang membabitkkan kes anak guamnya iaitu bekas Pengerusi AIAC, Sundra Rajoo.

Beliau berkata fakta yang tepat ialah semakan kehakiman telah difailkan terlebih dahulu di mahkamah sebelum pertuduhan dikenakan ke atas anak guamnya, seperti yang dinyatakan dalam buku itu.

“Paling penting ialah semakan kehakiman itu masih tertangguh di peringkat Mahkamah Persekutuan, jadi untuk menyatakan perkara ini dalam buku tersebut adalah bersifat sub judice serta memfitnah dan sebagai bekas AG, beliau sepatutnya lebih mengetahui tentang perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: altantuya shaariibuuNajib Tun RazakTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd