• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Tolak Singkir Sri Ram

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk menyingkirkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes mengubah laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Peguan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa notis rayuan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

“Permohonan itu telah ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi semalam. Kami berpendapat kami harus mengemukakan rayuan kerana kami mempunyai begitu banyak alasan yang menunjukkan bahawa penyingkiran Sri Ram hampir tidak dapat dielakkan.

“Antaranya pendedahan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam afidavitnya berhubung perbualan beliau dengan Sri Ram yang tidak disangkal malah disahkan oleh Sri Ram. 

“Jika itulah yang terjadi, maka terdapat salah laku di pihak pendakwaan,” katanya ketika ditemui selepas perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Afidavit Mohamed Apandi mendakwa terdapat komunikasi antara beliau dengan Sri Ram yang menyaksikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu memintanya menimbang untuk mendakwa Najib di mahkamah. 

Muhammad Shafee berkata pembelaan turut mengemukakan rayuan berhubung pembabitan Sri Ram dalam kes berkaitan skandal 1MDB yang bukan hanya sebagai seorang pendakwa malah penyiasat sebagaimana yang didakwa oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam memoirnya ‘My Story: Justice in the Wilderness.’

“Ini tidak dibenarkan. Pendakwaan berkata mereka tidak terlibat dalam siasatan kes itu namun buku Tan Sri Tommy mendakwa beliau secara khusus telah meminta agar Timbalan Pendakwa Raya terlibat dalam siasatan di lokasi kejadian jenayah tersebut.

“Jadi berdasarkan kedua-dua sebab itu, kami berpendapat kami mempunyai alasan yang amat kukuh untuk mengemukakan rayuan,” katanya.

Semalam, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Najib untuk mengecualikan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri itu berkaitan laporan audit 1MDB.

Mohamed Zaini, dalam penghakiman ringkas, berkata mahkamah mendapati dakwaan Najib bahawa Sri Ram terlibat dalam siasatan terhadapnya tidak mempunyai merit.

Hakim itu juga berkata Najib telah, antara lain, bergantung kepada fakta bahawa terdapat komunikasi antara Mohamed Apandi Ali dan Sri Ram sebagai bukti berkaitan sikap berat sebelah Sri Ram terhadapnya dan kekhuatiran pemohon berhubung perkara tersebut adalah tidak berasas serta tidak bertempat.

Perbicaraan kes berkaitan laporan audit 1MDB akan bersambung pada 22 Februari depan.

Najib, 67, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, 45, sedang dibicarakan atas pertuduhan mengubah laporan audit 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan agar pindaan dibuat ke atas laporan akhir 1MDB sebelum ia dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak tindakan diambil terhadap beliau manakala Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib untuk melakukan pindaan tersebut dalam usaha melindungi Najib daripada diambil tindakan. – BERNAMA

Tags: gopal sri ramlaporan audit 1MDBNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Rt COVID-19 Di Semua Negeri Kurang Daripada 1

Next Post

5,718 Sembuh, 8 Kematian, 2,720 Kes Baharu COVID-19

Related Posts

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Gopal Sri Ram

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Gopal Sri Ram

29/01/2023
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pendakwa Raya Kanan...

Pendakwa Kes 1MDB, Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

Pendakwa Kes 1MDB, Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

29/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, 79, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di...

Next Post

5,718 Sembuh, 8 Kematian, 2,720 Kes Baharu COVID-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd