• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Menteri Kuarantin 3 Hari, Rakyat Kuarantin 10 Hari”

oleh
09/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelonggaran tempoh kuarantin hanya tiga hari kepada menteri pulang dari lawatan luar negara bakal mengundang risiko lebih bahaya kerana Covid-19 berjangkit tidak mengira pangkat seseorang.

Najib berpandangan, keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu juga boleh membawa negara kepada keadaan lebih buruk seperti yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun lalu.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pekan berkata, secara purata virus Covid-19 mengambil tempoh lima hingga enam hari untuk proses inkubasi.

“Ada bahayanya jika mereka yang telah dijangkit, salah dilepaskan terlalu awal lalu menjangkiti ramai lagi orang setelah disangka mereka bebas daripada Covid-19.

“Ini terbukti semasa kuarantin kendiri tiga hari pada mulanya dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mereka yang pulang dari PRN Sabah,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Rabu.

Pada Isnin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengeluarkan perintah melonggarkan peraturan kuarantin kepada rakan-rakan anggota Kabinet yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara.

Perintah tersebut pada dasarnya mengurangkan tempoh kuarantin menteri daripada 10 kepada hanya tiga hari.

Perintah itu dinamakan ‘Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ diterbitkan Warta Persekutuan yang ditandatangani Adham berkuatkuasa pada Rabu.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan Najib berkata, wabak Covid-19 menjangkiti mangsanya tanpa mengira pangkat atau darjat dan peraturan dwistandard itu mengakibatkan rakyat tidak berpuas hati.

“Antara ketidakpuasan terbesar ramai ialah dwistandard dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tapi ini pula dibuat pada ketika rakyat tengah marah.

“Tak patut. Aduh… menteri kuarantin tiga hari, rakyat kuarantin 10 hari. Covid-19 tak takut pangkat,” kata Najib. – Sinar Harian

Tags: Covid-19kuarantinMenteriNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apa Beza Tubuh Mereka Yang Dapat Keistimewaan?

Next Post

Sentuhan Jurutera Anak Tempatan Dalam Kereta McLaren Senna

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Sentuhan Jurutera Anak Tempatan Dalam Kereta McLaren Senna

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd