• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MASkargo Laksana Persiapan Rapi Penerimaan Vaksin Pfizer-BioNTech

oleh
17/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) sedang memperhebatkan persiapan di Advanced Cargo Centre (ACC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memastikan ketibaan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech ke Malaysia pada Ahad ini, berjalan lancar.

Ketua Pegawai Operasi MASkargo, Mohd Zulkefly Ujang berkata beberapa siri latihan membawa vaksin dengan suhu ultra sejuk -70 darjah Celsius telah dijalankan sejak lima bulan lepas bagi memastikan keberkesanan vaksin tersebut tidak terjejas.

“Persiapan penerimaan vaksin kini 110 peratus,” katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan penerimaan vaksin COVID-19 di ACC di sini, hari ini.

Mohd Zulkefly berkata MASkargo yang diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin di KLIA turut memastikan setiap pekerja yang bertugas pada hari penerimaan vaksin itu telah melalui kursus pengendalian vaksin.

Katanya, MASkargo mempunyai kepakaran dalam pengendalian vaksin kerana telah menguruskan penerimaan pelbagai jenis vaksin setiap hari selain mempunyai fasiliti yang lengkap. 

“Kita terima pelbagai jenis vaksin setiap hari, cuma yang membezakannya adalah suhu yang diperlukan untuk vaksin tersebut,” katanya. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa memaklumkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada Ahad (21 Februari), menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula pada 26 Februari ini.

Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.

Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula dari Mei ini hingga Februari tahun depan. – BERNAMA

Tags: MASkargoPfizer-BioNTechvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azalina Minta Idrus Pertimbang Sokong Wujud Kabinet Darurat Khas

Next Post

PM Penerima Pertama, Beri Keyakinan Vaksin Selamat

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

PM Penerima Pertama, Beri Keyakinan Vaksin Selamat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd