• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Anti Vaksin Ada Agenda Lain?

oleh
23/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menjual produk yang kononnya mampu menjadi alternatif kepada vaksin adalah antara objektif kumpulan anti vaksin di Malaysia untuk terus menentang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital, Dr S.Malar Santhi berkata, apabila kumpulan anti vaksin berjaya membuatkan orang ramai keliru mengenai vaksin, maka mereka boleh menjual produk-produk yang didakwa menggantikan vaksin Covid-19 seperti vitamin C, magnesium atau pelbagai jenis minyak.

“Selain itu, kumpulan anti vaksin di negara ini juga seakan-akan mendapat satu kepuasan apabila mereka berjaya mempengaruhi individu lain supaya menolak vaksin.

“Itu antara manfaat yang mereka perolehi berdasarkan pemerhatian saya,” katanya menerusi program Malaysia Petang Ini bertajuk ‘Vaksinasi negara akan berjaya’ terbitan Bernama TV di sini, tadi.

Dr Malar Santhi yang juga antara pakar pegawai perubatan aktif di media sosial, turut menjelaskan kebanyakan individu yang menolak vaksin tidak mempunyai hujah atau maklumat yang munasabah dan berasas, malah bertentangan dengan ilmu sains.

Beliau yang percaya program vaksinasi negara akan berjaya, menyeru semua rakyat Malaysia berlapang dada mendapatkan vaksin Covid-19 kerana petugas barisan hadapan dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri akan mendapat suntikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu dan ia akan membina keyakinan rakyat di negara ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula esok, dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan membabitkan 500,000 individu.

Fasa 2 pula dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya membabitkan 9.4 juta individu manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas – warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran lebih 13.7 juta orang. – BERNAMA

Tags: anti vaksinImunisasivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd