• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Mula Edar Borang Suntikan Vaksin COVID-19

oleh
17/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berbaki sembilan hari sebelum pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, borang persetujuan suntikan vaksin mula diedarkan kepada orang ramai.

Borang mengandungi beberapa set soalan dan keperluan untuk mengisi butiran peribadi penerima vaksin itu dimuat naik di laman web Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Secara perbandingan, empat soalan dalam borang berkenaan sama seperti kandungan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, berhubung langkah berjaga-jaga yang perlu dipertimbangkan segelintir individu.

Pertimbangan itu antara lain merangkumi sama ada penerima pernah mengalami sebarang kesan sampingan teruk seperti sawan, pengsan dan kemasukan ke hospital selepas mendapat mana-mana suntikan imunisasi sebelum ini.

Soalan lain yang diajukan sebagai pertimbangan ialah sama ada penerima mempunyai sejarah alahan teruk, sedang hamil atau bercadang untuk hamil dan sedang menyusukan bayi.

Bahagian bawah borang berkenaan pula memuatkan beberapa terma persetujuan yang perlu difahami oleh penerima sebelum diberikan suntikan vaksin, mengikut jenis dan dos ditetapkan.

Penerima juga dimaklumkan bahawa pengambilan vaksin COVID-19 mungkin akan menimbulkan reaksi dan kesan sampingan seperti dinyatakan dalam maklumat vaksin COVID-19 bagi penerima vaksin, mengikut lampiran satu.

Selain itu, penerima bertanggungjawab terhadap risiko yang mungkin berlaku akibat keputusan atau tindakan mengambil imunisasi kerana manfaat pelalian ialah lebih baik berbanding kesan sampingannya.

Sebarang pemberian vaksin juga dikatakan tidak memberi jaminan sepenuhnya kepada penerima daripada mendapat jangkitan COVID-19 pada masa akan datang.

Pada ruangan terakhir, beberapa butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, polis atau tentera, jenis vaksin dan persetujuan perlu dilengkapkan, sebelum borang berkenaan ditandatangani serta diserahkan kepada pegawai bertugas di klinik atau hospital. – BH Online

Tags: ImunisasiKKMvaksin covid-19vaksinasi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengasas Produk Kecantikan Ditahan

Next Post

Vaksin COVID Tak Bertentangan Dengan Islam

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post

Vaksin COVID Tak Bertentangan Dengan Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd