• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh 2 Pesakit Covid-19 Curi Telefon

oleh
11/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Dua pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, ditahan semalam selepas terbabit dalam kejadian mencuri telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pada jam 10.30 malam itu, pegawai perubatan wanita berusia 34 tahun ketika sedang bertugas menyedari berlaku kekecohan dalam kalangan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Dewan C.

Menurutnya, pegawai perubatan terbabit kemudian mengaktifkan kod jingga dan meminta bantuan daripada polis bertugas bagi meredakan keadaan.

“Dia kemudian menjalankan temubual dalam kalangan pesakit dan mendapati berlaku kecurian beberapa telefon bimbit dalam kalangan pesakit. 

“Dua lelaki terbabit berusia 24 tahun dan 40-an yang disyaki mencuri telefon bimbit itu ditahan pesakit lain sehingga berlaku kekecohan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamarul berkata, suspek dipindahkan ke Dewan DG bagi tujuan keselamatan dan empat telefon bimbit yang dicuri itu turut dirampas.

“Polis sudah mengambil maklumat mengenai mereka dan akan membuat tangkapan selepas sembuh daripada Covid-19.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: MAEPSMencuripesakit COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

11/06/2023
0

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai dari beberapa premis di bandar raya ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd