• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamali Shadat Meninggal Dunia, Tiada Lagi Suara ‘Atan’

oleh
03/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelawak komedi ’stand up’ dan penghibur yang meniru suara ‘Atan”, veteran Datuk Jamali Shadat meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi tadi, pada usia 78 tahun di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Pelawak legenda yang terkenal pada era 1970-an berbakat dalam melontarkan suara dan membawa watak ‘Atan’ dan datuknya ‘Atok’ serta rakan kanak-kanak itu dalam nada berbeza dan mengikut bahasa slanga rakyat Malaysia.

Kebolehan Allahyarham melantunkan suara watak pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam rutin lawak beliau, begitu sinonim dengan masyarakat majmuk di Malaysia. 

Pemergian arwah disahkan cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, ketika dihubungi Bernama yang turut memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Pulau Indah, Klang.

Isyraq Ariff turut membuat hantaran di Facebook dengan mengepilkan gambar lama beliau  dan arwah berserta kapsyen: “Selamat Tinggal Atan.. Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Datuk Jamali Shadat.”

Sebelum ini, media melaporkan keadaan arwah yang semakin uzur dan kurang selera makan.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri turut menzahirkan dukacita atas pemergian Allahyarham menerusi hantaran di Facebook beliau. – BERNAMA

Tags: jamali shadatKomedimeninggal duniapelawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd