• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Fitnah: Puad Sedia Berdepan Muhyiddin Di Mahkamah

oleh
19/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mengesahkan sudah mendapat notis Letter of Demand (LOD) daripada peguam Perdana Menteri dan bersedia menghadapi sebarang tuntutan yang diajukan di mahkamah.

Menurut Mohd Puad, beliau menafikan bahawa dirinya memfitnah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedangkan niatnya hanya mahu bertanya dan meminta penjelasan berhubung perintah kuarantin tiga hari ke atas menteri.

Katanya, keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa dan merupakan isu kepentingan awam.

“Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli Muhyiddin seperti mana UMNO dibuli.

“Justeru saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting dalam Facebook saya dan saya memilih untuk ke mahkamah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.

Sebelum ini, Muhyiddin menuntut Mohd Puad memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah beliau dalam hantaran di Facebook minggu lalu.

Dalam surat tuntutan daripada firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership kepada Mohd Puad, perdana menteri tersebut antara lain, menuntut beliau memadam kenyataan bertarikh 9 Februari 2021 mengenai kuarantin dari laman Facebooknya.

Mohd Puad juga diarah membuat permohonan maaf secara terbuka dan disiarkan secara jelas dan segera di laman Facebooknya serta semua portal berita dan media sosial yang menyiarkan kenyataan tersebut selain dituntut membuat aku janji bertulis untuk tidak mengulangi atau menerbitkan kenyataan sama atau seumpama itu dalam apa jua cara sekalipun.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut Mohd Puad berkata, langkah membawa isu berkenaan ke mahkamah dilihatnya sebagai peluang untuk bersama-sama dengan rakyat, bagi membantah “amalan dua darjat” dalam isu perintah kuarantin yang diluluskan Putrajaya sebelum ini.

“Hal ini kerana dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan saksama. Maka apakah “kuarantin” 3 hari tidak bertentangan dengan Artikel 8?

“Pada saya amat jelas tindakan saman ini bertujuan menutup mulut dan menakutkan para pengkritik. Saya tidak berganjak,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Muhyiddin YassinPuad ZarkashiSaman Fitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

23/10/2025
0

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk...

Mahkamah Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Undang-undang Ke Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Undang-undang Ke Mahkamah Persekutuan

28/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merujuk empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd