• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 35% Isi Maklumat Banci 2020 Setakat Ini – DOSM

oleh
23/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setakat 21 Februari lalu kira-kira 10.45 juta atau 35 peratus sahaja daripada 32.7 juta rakyat Malaysia mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020), kata Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Katanya, sehubungan itu beliau memohon kerjasama orang ramai supaya mengisi maklumat bancian itu segera dan sekiranya mereka yang ingin membuat pengisian tanpa pertemuan bersemuka, boleh terus berbuat demikian melalui sistem e-Census yang masih dibuka.

Beliau berkata, Banci 2020 bermula sejak 7 Julai lalu dengan pelaksanaan banci dalam talian (e-Census) serta kaedah Temu Ramah Melalui Telefon atau (CATI) dan DOSM belum melaksanakan Banci 2020 secara besar-besaran melalui pertemuan bersemuka disebabkan kekangan penularan Covid-19.

“Apa yang dilaksanakan ketika ini, anggota kami bergerak membuat bancian bersemuka secara bersasar yang tidak ada kekangan dari segi pergerakan dan mengikut kesesuaian serta keselesaan komuniti setempat,” katanya dalam sesi soal jawab dalam program Hari Bersama Pelanggan DOSM 2021 secara maya, hari ini.

“Jika orang ramai tidak selesa dengan sistem e-census, anggota kami di lapangan akan membantu menggunakan sistem CATI atau kami boleh menghantar soalan soal selidik secara manual,” katanya.

Fasa pertama Banci 2020 dilaksanakan pada asalnya 7 Julai hingga 30 September 2020 dan tempoh fasa kedua dari 7 hingga 24 Oktober 2020, namun tempoh pelaksanaannya dijadualkan semula. – BERNAMA

Tags: Banci 2020e-Census
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gembira, Teruja Pandu Lori Bawa Vaksin Covid-19

Next Post

Mesyuarat Raja-Raja Melayu Ditangguhkan

Related Posts

Jumlah Kelahiran Di Malaysia Menurun, Kematian Meningkat

11/08/2021
0

PUTRAJAYA - Jumlah kadar kelahiran di Malaysia menunjukkan penurunan manakala kadar kematian pula meningkat bagi suku tahun kedua 2021. Ketua...

18 Juta Penduduk Malaysia Dibanci

07/05/2021
0

ALOR GAJAH - Seramai 18 juta atau 55.1 peratus daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan...

Next Post

Mesyuarat Raja-Raja Melayu Ditangguhkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd