• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Awang Dalam Keadaan Stabil – Anak

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan stabil dan memerlukan rehat selepas dilapor mengalami sesak nafas malam tadi.

Perkara tersebut disahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi melalui laman Facebooknya.

“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

“Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah,” katanya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam laman Facebooknya menyatakan Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya malam tadi selepas dilapor sesak nafas sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.

“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya. – BERNAMA

Tags: Abdul Hadi AwangPresiden PASsesak nafas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Donald Trump Dirasuk Syaitan – Abdul Hadi

Donald Trump Dirasuk Syaitan – Abdul Hadi

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menunjukkan sifat takbur akibat telah dirasuk oleh syaitan dan manusia berideologi...

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd