• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Aktiviti Boleh Jejas Bekalan Elektrik

oleh
24/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai, terutama kontraktor supaya lebih berhati-hati ketika melakukan kerja-kerja pengorekan bagi mengelak kemungkinan menjejaskan kestabilan bekalan elektrik sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula hari ini.

Ketua (Operasi) Rangkaian Pembahagian TNB, Mohd Yusof Ibrahim, berkata bekalan elektrik stabil diperlukan kerana vaksin Pfizer-BioNTech perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celsius.

Beliau berkata, TNB sebelum ini memberi jaminan bahawa bekalan elektrik di Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan lebih 600 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara akan stabil sepanjang pelaksanaan program berkenaan.

“Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah agenda penting negara untuk melawan virus yang hampir setahun merencatkan pelbagai aspek kehidupan kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusof berkata, sebanyak 459 kes kerosakan akibat pengorekan pihak ketiga dilaporkan pada tahun lalu, dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 118 kes yang menjejaskan 141,000 pengguna, diikuti Kuala Lumpur dengan 108 kes (94,000 pengguna), Pahang dengan 43 kes (55,000 pengguna).

Mohd Yusof mengulangi saranannya agar pihak kontraktor yang melakukan kerja-kerja pengorekan untuk menyemak dengan TNB terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang kerja supaya gangguan bekalan elektrik dapat dielakkan.

“Kegiatan mengusik dan mencuri pepasangan TNB boleh menyebabkan percikan arka dan seterusnya gangguan bekalan elektrik. Bermain layang-layang dan dron berhampiran talian TNB serta membawa galah dan memancing di kolam atau tasik di bawah talian TNB juga mengundang risiko yang sama,” katanya.

Orang ramai disarankan agar memaklumkan segera kepada TNB CareLine 15454 atau menghubungi pihak polis sekiranya ternampak pihak mencurigakan menceroboh pepasangan TNB seperti pencawang dan menara talian.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula hari ini dilaksanakan dalam tiga fasa dengan Fasa 1 dari Februari hingga April tahun ini membabitkan 500,000 petugas barisan hadapan.

Fasa 2, dari April hingga Ogos, akan membabitkan warga emas berusia 65 tahun ke atas, kumpulan berisiko tinggi dan golongan orang kurang upaya (OKU) merangkumi kira-kira 9.4 juta orang manakala Fasa 3, yang bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022, meliputi rakyat Malaysia dan bukan warganegara berusia 18 tahun ke atas, dengan sasaran lebih 13.7 juta orang. – BERNAMA

Tags: elektrikTNBvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd