• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DJ Yusuf Letak Jawatan

oleh
23/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penyampai Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri atau lebih dikenali DJ Yusuf yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menyindir seorang guru Sains di aplikasi TikTok meletak jawatan daripada stesen radio tersebut berkuat kuasa Ahad.

Perkara itu disahkan pengurusan stesen radio terbabit menerusi ciapan di Twitter.

“Hitz komited dalam menyampaikan maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Hasil siasatan dalaman berhubung kontroversi membabitkan salah seorang penyampai Hitz FM, kami menerima peletakan jawatan (DJ Yusuf) berkuat kuasa pada 22 Februari 2021,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, hasil semakan di Instagram DJ Yusuf belum ada kemas kini maklumat terbaharu mengenai keputusan tersebut.

Minggu lalu, heboh di laman sosial penyampai berusia 29 tahun itu dikecam warga maya susulan aksinya mentertawa dan mempersendakan sebutan bahasa Inggeris guru Sains di saluran DidikTV.

Susulan tindakan itu, DJ Yusuf berdepan tindakan digantung kerja pada 19 Februari lalu.

Pengurus Besar Astro Radio Malaysia Timur, Hafiz Nizamuddin kemudian tampil membuat permohonan maaf dan meluahkan rasa kesal atas perlakuan Yusuf itu. – Sinar Harian

Tags: DidikTVDJ Yusufguru sainsHitz FM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Terima 182,520 Dos Tambahan Vaksin Covid-19

Next Post

55,539 Guru Dipertimbang Dalam Fasa 1 Program Imunisasi

Related Posts

Rakaman DidikTV KPM Di YouTube Mudah Ulang Kaji

23/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Pengisian program DidikTV KPM membantu pelajar mengulang kaji pelajaran dengan lebih mudah dan lengkap kerana rakaman program...

Saluran Khusus TV Pendidikan, DidikTV KPM Dilancar

17/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan saluran khusus TV pendidikan secara terestrial, DidikTV Kementerian...

Next Post

55,539 Guru Dipertimbang Dalam Fasa 1 Program Imunisasi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd