• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Darurat: Anwar Pohon Rujuk Persoalan Semakan Kehakimannya

oleh
08/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk merujuk beberapa persoalan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung semakan kehakimannya terhadap keputusan kerajaan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat.

Persoalan yang dikemukakan untuk dipertimbang Mahkamah Tinggi bagi dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan termasuk sama ada keputusan menasihati dan/atau nasihat yang diberikan oleh kabinet yang dipimpin oleh perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong tertakluk di bawah klausa penggulingan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Persoalan kedua ialah sama ada keputusan untuk memberi nasihat dan/atau nasihat yang diberikan oleh kabinet yang diketuai perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen, boleh disemak semula oleh mahkamah.

Anwar juga mahu mahkamah memutuskan sama ada  Seksyen 39(2) Akta Malaysia 1963, Seksyen 15(d) Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981 serta Perkara 150 (6) dan (8) Perlembagaan Persekutuan tidak konsisten dan/atau bertentangan dengan Perkara 4, 5,  8 dan 121 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Turut dipohon beliau ialah agar mahkamah memutuskan sama ada bidang kuasa mahkamah termasuk kuasa menyemak semula prosedur, dapat dihalang sepenuhnya oleh perundangan.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh berkata mengambil kira kesegeraan isu itu, khususnya disebabkan Parlimen kini digantung, beliau turut memfailkan perakuan kesegeraan untuk isu tersebut didengar secepat mungkin.

“Saya berpendapat persoalan-persoalan berbangkit tersebut harus diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu, menamakan perdana menteri dan kerajaan sebagai responden.

Ketua Pembangkang berusia 74 tahun itu memohon perisytiharan bahawa keputusan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat yang menyebabkan penggantungan Parlimen, sebagai bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah dan tidak efektif.

Beliau turut memohon perintah certiorari  bagi membatalkan keputusan responden untuk memberikan nasihat yang berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimmahkamah persekutuanProklamasi Darurat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guna Serbuk Kopi Hasilkan Lukisan Tahun Baharu Cina, COVID-19

Next Post

Barang Rosak, Hilang Boleh Tuntut Ke Tribunal Pengguna

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

Next Post

Barang Rosak, Hilang Boleh Tuntut Ke Tribunal Pengguna

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd