• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Kaedah Daftar Sertai Program Imunisasi Akan Dibuka

oleh
22/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permohonan pendaftaran menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan dibuat menerusi beberapa kaedah dan dijangka dibuka kepada umum, mulai bulan depan.

Ia antaranya, melalui aplikasi MySejahtera, fasiliti kemudahan kesihatan kerajaan, laman sesawang www.vaksincovid.gov.my dan talian hotline yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim, berkata kerajaan juga sedang berusaha menubuhkan pasukan khas untuk mendekati masyarakat di pedalaman bagi menyertai PICK.

Beliau berkata, kemudiannya kerajaan akan menetapkan tarikh, masa dan lokasi sesuai bagi setiap penerima dengan ia akan dimaklumkan menerusi telefon, surat dan kaedah lain yang bersesuaian.

Katanya, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan membangkitkan isu berhubung ‘scammer’ dan perjalanan mengenainya, termasuk tindakan akan diuruskan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Sejarah mengenai suntikan vaksin dos pertama atau kedua setiap penerima akan dimuat naik dalam aplikasi MySejahtera, selain kerajaan turut bercadang membangunkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu sudah menerima vaksin COVID-19.

“Selain itu, talian hotline bagi pendaftaran menyertai PICK dijangka dilancarkan sebelum Fasa Kedua program itu dijalankan,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Semalam, sejumlah 312,390 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia dan dihantar ke 16 pusat simpanan vaksin masing-masing enam di Selangor, manakala empat di Johor, Kuala Lumpur (tiga), Pulau Pinang (dua) dan Putrajaya (satu).

Kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 itu dibawa menggunakan pesawat Malaysia Airlines MH604 dihiasi Jalur Gemilang yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi semalam.

Ahmad Amzad berkata, selepas individu menerima tarikh temu janji, mereka perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan bagi menjalani konsultasi serta mengisi borang kebenaran, sebelum menerima suntikan dan pengesahan penerimaan vaksin.

“Mereka perlu mengimbas suhu, Kod QR dan menyemak identiti masing-masing, selain menjalani pemerhatian kira-kira 30 minit selepas suntikan dan menerima kad vaksin.

“Kesan berlawanan susulan imunisasi (AEFI) vaksin dipantau dalam tempoh sebelum penerima mendapatkan suntikan bagi dos kedua vaksin dengan kitaran sama akan digunakan bagi proses berikutnya,” katanya.

Mengenai pasport vaksin, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, ia bertujuan memudahkan individu yang mahu melakukan perjalanan ke luar negara pada masa akan datang.

“Ini kerana, ada negara yang mungkin mewajibkan pengunjung menerima suntikan vaksin sebelum dibenarkan masuk ke negara mereka.

“Di peringkat global kini sedang mempersoal langkah di negara masing-masing untuk menapis kemasukan pengunjung selepas sempadan antarabangsa dibuka kembali nanti.

“Kita juga sedang menjalankan perbincangan mengenai perkara ini, selain apa-apa keputusan mengenainya akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan nanti,” katanya. – BH Online

Tags: Imunisasivaksin covid-19vaksinasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd