• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Semakin Surut Di Sarawak

oleh
08/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Paras air di beberapa kawasan di dua daerah di Sarawak yang dilanda banjir sejak lebih seminggu lepas terus menurun hari ini dengan jumlah mangsa di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan sedikit kepada 813 orang berbanding 823 orang petang semalam.

Seramai 12 mangsa dari PPS di SK Tanah Puteh, Serian dibenarkan pulang ke kediaman mereka menjadikan hanya 338 mangsa yang masih berada di PPS itu, lapor Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Bagaimanapun, angka mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Ranchan, juga di Serian, bertambah dua orang menjadi 35 mangsa setakat 8 pagi ini.

Selain kedua-dua pusat pemindahan itu, tiga lagi PPS yang masih beroperasi di Serian ialah di Dewan Kampung Slabi Entukuh dengan 42 mangsa, Dewan Masyarakat Serian (148 mangsa) dan Dewan Kampung Rimba Padi (75 mangsa).

Selain Serian, daerah Simunjan juga masih banjir dengan 175 mangsa kekal berada di empat PPS.

Daripada jumlah itu, 96 mangsa masih berada di PPS Dewan Mesra Simunjan, Dewan Kampung Entangor, Sebuyau (40 mangsa), Dewan Masyarakat Lubok Buntin (27 mangsa) dan Masjid Kampung Seruyuk, Sebuyau (12 mangsa). – BERNAMA

Tags: Banjirmangsa banjirsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd