• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Beza Tubuh Mereka Yang Dapat Keistimewaan?

oleh
09/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan tempoh kuarantin yang ditetapkan hanya tiga hari kepada jemaah menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara.

Beliau bertanya adakah kelonggaran sama boleh diberikan kepada beliau jika pulang dari luar negara.

“Bolehkah kalau saya ke luar negara saya hanya dikuarantin tiga hari?

“Apakah beza tubuh saya dengan tubuh mereka yang mendapat kelonggaran ‘istimewa’?” tulisnya dalam ciapan di Twitter pada Selasa.

Beliau menyentuh prosedur operasi standard (SOP) terbaharu ditetapkan dalam dokumen pewartaan yang disiarkan dalam portal rasmi e-warta Persekutuan semalam.

Dokumen perintah berjudul ‘Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ itu dikeluarkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba mengikut kuasa (Akta 342) seksyen 29 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Berkuat kuasa hari ini, jemaah menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara tidak perlu menjalani SOP tempoh kuarantin 10 hari seperti ditetapkan sejak 14 Disember 2020.

Pengecualian sehingga 1 Ogos 2021 itu menetapkan jemaah menteri hanya perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai. – Sinar Harian

Tags: Covid-19jemaah menterikuarantinMohd Asri Zainul Abidin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas 100 Tahun Sambut TBC Dalam Suasana Berbeza

Next Post

“Menteri Kuarantin 3 Hari, Rakyat Kuarantin 10 Hari”

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

"Menteri Kuarantin 3 Hari, Rakyat Kuarantin 10 Hari"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd