• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Politik, Isteri Didakwa Edar Dan Tanam Ganja

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ahli politik dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan mengedar dan menanam ganja di rumah mereka, pada bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Adam Asmuni, 35, dan Lyiana Roslee, 34, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Normaizan Rahim, kerana kes itu membabitkan hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka bersama-sama didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 1.58 kilogram serta cecair jenis dadah sama berisi padu 7.87 liter di sebuah rumah di Duta Residensi, Ampang, di sini pada jam 7.30 malam, 20 Januari lalu.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, ahli perniagaan dan suri rumah terbabit didakwa mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati, perlu disebat tidak kurang 15 sebatan.

Pasangan suami isteri itu juga didakwa menanam sembilan pokok disyaki ganja di tempat, tarikh dan masa sama, mengikut Seksyen 6B(1)(a) akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(A)(3) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu dipenjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suriantiazila Muhamad dan Lyiana diwakili peguam Nur Mustanir Md Nor, manakala Adam tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mac depan bagi tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Terdahulu, di mahkamah berasingan, Majistret Farah Nasihah Anuar melepas tanpa membebaskan Lyiana, yang didakwa atas pertuduhan sama pada 1 Februari lalu sebelum mendakwanya semula hari ini bersama-sama suaminya di hadapan Normaizan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang ahli politik yang juga ahli perniagaan ditahan kerana disyaki memproses dan mengedar dadah di Pudu, selain menyerbu rumah suspek di Ampang.

Turut ditahan dalam serbuan itu, isteri dan pembantu rumah suspek. – BERNAMA

Tags: ahli politikmenanam ganjamengedar ganja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Geledah ‘Safehouse’ Temui RM5 Juta Didakwa Milik Ahli Politik Berpengaruh

SPRM Geledah ‘Safehouse’ Temui RM5 Juta Didakwa Milik Ahli Politik Berpengaruh

13/10/2024
0

Kuala Lumpur : Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah...

Kes Pemerdagangan Manusia Libat Ahli Politik: Polis Kesan Datuk Seri

Kes Pemerdagangan Manusia Libat Ahli Politik: Polis Kesan Datuk Seri

01/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd