• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

75 Kontena e-Sisa Dikesan Masuk Ke Malaysia Sejak 2018

oleh
10/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegiatan haram pengimportan sisa barangan elektrik dan elektronik atau e-sisa, susulan permintaan tinggi oleh industri tempatan bagi mendapatkan pelbagai logam berharga dalam barangan itu dikhuatiri menjadikan Malaysia negara lambakan e-sisa dunia. 

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Norlin Jaafar berkata sejak 2018 hingga November tahun lepas, sebanyak 75 kontena berisi e-sisa dikesan memasuki negara untuk diproses secara haram dan tidak mesra alam serta telah dipulangkan ke negara asal. 

“Ini menyalahi polisi JAS kerana e-sisa tidak dibenarkan diimport ke dalam negara terutamanya untuk tujuan pemprosesan semula atau pelupusan, yang mana bahan buangan terjadual tidak boleh dieksport atau diimport ke mana-mana negara,” katanya kepada Bernama. 

Enggan mendedahkan nama negara yang terlibat dengan kegiatan itu, Norlin berkata kemasukan e-sisa akan membawa kepada kegiatan pelupusan oleh premis haram yang tidak mempunyai kelengkapan sistem kawalan pencemaran khususnya pencemaran udara selain mengurangkan tempoh hayat tapak pelupusan sisa pepejal. 

“Biasanya pihak terlibat akan melupuskan barangan elektrik dan elektronik ini dengan kaedah membakar untuk mendapatkan logam berat berharga yang terkandung dalam barangan itu. 

“Namun proses pembakaran berpotensi untuk mengeluarkan gas berbahaya seperti dioksin dan furan yang sekiranya terhidu boleh menjejaskan sistem imunisasi badan dan menimbulkan permasalahan kepada organ dalaman selain mencemarkan alam sekitar,” katanya. 

Norlin berkata bagi menangani situasi itu, kerajaan masih dalam proses penggubalan undang-undang baharu bagi mengawal selia pelupusan bahan buangan berkenaan di negara ini, sekali gus menghalang kegiatan pelupusan e-sisa secara haram. 

JAS juga katanya dalam usaha memberi kesedaran dengan mengadakan kempen Hari Pengumpulan E-Waste yang akan dilaksanakan pada Sabtu minggu terakhir setiap bulan untuk membolehkan e-sisa dilupuskan dengan kaedah mesra alam atau environmentally sound management (ESM).

Orang ramai boleh menghantar barangan elektrik dan elektronik yang tidak boleh digunakan lagi termasuk telefon bimbit, penyaman udara, mesin basuh dan peti ais, ke 123 pusat pengumpulan dan 21 kemudahan pemerolehan kembali yang berdaftar dengan jabatan itu di seluruh negara. – BERNAMA 

Tags: barangan elektrikbarangan elektronike-SisaJAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

22/06/2024
0

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan 40 beg jumbo yang disyaki mengandungi bahan...

Sungai Lereh Tercemar Akibat Sisa Kumbahan Ternakan – ADUN

Sungai Lereh Tercemar Akibat Sisa Kumbahan Ternakan – ADUN

19/02/2023
0

MELAKA: Pencemaran Sungai Lereh yang berlaku semalam dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan aktiviti penternakan lembu dan kambing. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd