• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

55,539 Guru Dipertimbang Dalam Fasa 1 Program Imunisasi

oleh
23/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 55,539 guru yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, akan diusahakan untuk menerima suntikan vaksin pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata pertimbangan memasukkan golongan pendidik dalam fasa pertama program vaksinasi terbesar negara itu dibuat selepas pihaknya menerima senarai daripada Kementerian Pendidikan.

“Kita akan usahakan untuk memasukkan guru ke dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu sebelum tarikh pembukaan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan simulasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, di sini, hari ini.

Mengenai simulasi terbabit pula, Khairy berkata, proses pemberian vaksin oleh Kementerian Kesihatan kepada seseorang individu akan mengambil masa antara 15 hingga 30 minit, termasuk tempoh pemantauan terhadap penerima suntikan.

“Ini adalah amalan terbaik dalam usaha memastikan mereka yang menerima vaksin itu selamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: GuruImunisasivaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd