• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin COVID-19 Mula Bulan Depan

oleh
02/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Vaksin COVID-19 fasa pertama akan mula disuntik kepada kira-kira satu juta rakyat negara ini, bermula bulan depan. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata proses menyuntik vaksin bagi fasa pertama untuk petugas barisan hadapan.

Katanya, ini diikuti golongan rentan (orang mudah mendapat penyakit) dan pesakit kronik seperti buah pinggang, sakit jantung, paru-paru dan diabetes.

“Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 negara akan bermula bulan depan dengan sejuta vaksin dari Pfizer-BioNTech akan diagih dan disuntik bagi fasa pertama.

“Ia kemudian diikuti fasa seterusnya sebanyak 6.2 juta vaksin pada April dan Mei. Kerajaan akan beri vaksin secara percuma kepada semua rakyat untuk sasaran 80 peratus penduduk atau bersamaan 26 juta individu,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan memastikan bekalan vaksin yang berkesan, selamat dan mencukupi untuk sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat negara ini.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, vaksin itu juga akan diberi secara percuma kepada rakyat melalui tiga fasa imunisasi dikendalikan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Dr Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk membuka pintu sempadan negara dalam masa terdekat, berikutan jangkitan wabak COVID-19 di seluruh dunia sedang memuncak. 

Katanya, gelombang ketiga COVID-19 kini juga turut menyaksikan Malaysia merekod peningkatan kes jangkitan harian antara 1,000 sehingga 2,000 kes sehari.

“Belum masanya Malaysia membuka sempadan negara bagi kemasukan pelancong dari luar, berikutan COVID-19 sedang memuncak di seluruh dunia.

“Kali ini akan mengambil masa agak lama sebelum Malaysia berjaya melandaikan semula lengkuk jangkitan wabak COVID-19, berikutan kita mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kita guna PKPP sebagai kaedah imbangan ekonomi dan kesihatan bagi memulihkan semula ekonomi negara dan rakyat. Namun, ia akan ambil masa lebih lama tetapi berkesan untuk memutuskan rantaian COVID-19,” katanya. 

Beliau berkata, Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 akan memutuskan rantaian COVID-19 dan juga membantu ekonomi negara. – BH Online

Tags: vaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerjasama PRU-15 Hanya Babitkan UMNO, PAS Tanpa BERSATU

Next Post

“Mohon Terus Doakan Nur Izzah…”

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

"Mohon Terus Doakan Nur Izzah..."

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd