• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trend Micro Minta Kerajaan Waspada Ancaman Serangan Siber

oleh
27/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Trend Micro, penggiat global dalam keselamatan siber, hari ini menggesa kerajaan agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang ancaman serangan siber ke atas infrastruktur negara yang boleh mendedahkan data sensitif dan maklumat peribadi.

Pengarah Urusan Trend Micro Malaysia dan Nascent Countries, Goh Chee Hoh berkata adalah penting bagi agensi-agensi kerajaan untuk sentiasa berhati-hati dan memastikan semua saluran sensitif diawasi manakala sistem dan aplikasi telah dikemaskini dengan aspek keselamatan terkini.

“Langkah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber baru-baru ini, membuktikan kepentingan untuk mengawasi dan menjaga data, infrastruktur dan sistem teknologi maklumat (IT) negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Trend Micro telah menyenaraikan pasti beberapa amalan keselamatan terbaik termasuk memastikan semua perkakasan dan perisian dikemaskini dengan aspek keselamatan dan penggunaan kata laluan yang kukuh.

Organisasi juga perlu memastikan pekerja mereka dipersiap dengan amalan keselamatan siber terkini dan menggerakkan pelan luar jangka serta sokongan bagi meminimumkan kemungkinan kehilangan data dan maklumat lain.

Goh berkata, ancaman aktiviti pencerobohan sistem oleh kumpulan seperti Anonymous Malaysia baru-baru ini juga merupakan cabaran terbesar bagi kalangan profesional terbabit dan memerlukan mereka sentiasa bersedia untuk dipanggil bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

“Oleh kerana agak mustahil untuk menentukan sasaran dan kaedah serangan itu, adalah penting untuk mereka terbabit sentiasa bersedia bagi menyelesaikan isu ini serta memastikan sebarang pencerobohan itu adalah bagi tempoh sesingkat mungkin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anonymous Malaysiadata peribadiserangan siber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan Siber Ke Atas Israel

Serangan Siber Ke Atas Israel

20/04/2024
0

TEL AVIV - Sebuah kumpulan penggodam berjaya menceroboh sistem komputer tentera Israel dan mengakses sejumlah besar dokumen ‘rahsia besar’. IKUTI...

Isham Jalil Akan Terima Surat Pemecatan Dalam Tempoh Terdekat

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberi jaminan perkhidmatan disediakan agensi itu tidak akan terencat, biarpun berdepan serangan siber daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd