• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Upacara Thaipusam Di Kuil Di Negeri PKP, PKPB

oleh
18/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sambutan Thaipusam di kuil-kuil di bawah  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah tidak dibenarkan, kata Kementerian Perpaduan Negara (KPN) hari ini.

Menurut kenyataan kementerian itu, keputusan tersebut selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lepas, berhubung pelaksanaan PKP dan PKPB yang bermula 13 Januari lalu hingga 26 Januari ini.

PKP yang diumumkan itu melibatkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, manakala PKPB dikenakan terhadap enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Pada 15 Januari lepas, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP di Sibu, Sarawak dan Kelantan yang berkuat kuasa 16 Januari hingga 29 Januari.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam kenyataan sama, berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 3 Tahun 2021 susulan perbincangan KPN dengan ketua-ketua agama Hindu, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan. 

Halimah berkata KPN juga mengambil maklum keputusan semua kerajaan negeri supaya tiada upacara Thaipusam di rumah-rumah ibadat  di negeri masing-masing pada tahun ini kecuali kerajaan negeri Perlis.

KPN berkata mesyuarat teknikal juga bersetuju bahawa upacara Thaipusam boleh dilaksanakan di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu Perlis dan Sarawak dengan kebenaran kerajaan negeri dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Setakat ini, hanya kerajaan negeri Perlis di bawah PKPP  membenarkan upacara Thaipusam. – BERNAMA

Tags: perintah kawalan pergerakanperintah kawalan pergerakan bersyaratThaipusam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

24/01/2024
0

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam. IKUTI...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd