• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Arahan Larang Teksi, e-Hailing Rentas Daerah, Negeri

oleh
21/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak mengeluarkan arahan menghentikan operasi perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk perjalanan rentas daerah dan negeri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata kerajaan mensyaratkan perkhidmatan berkenaan perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. 

Katanya, sepanjang tempoh PKP ini, pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepenuhnya berdasarkan kepada perkhidmatan penting.

Jangan Risau… Klik Sini

“Pelaksanaan PKP adalah untuk mengawal pergerakan orang ramai termasuk individu yang menjadi penumpang.

“Justeru semua pemandu perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing perlu memastikan penumpang mempunyai kelulusan dan keperluan bawah skop yang dibenarkan sebelum ke lokasi yang memerlukan rentas sempadan, daerah atau negeri.

“Pemandu perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing juga perlu mendapatkan salinan dokumen kelulusan, sama ada menerusi salinan cetak atau salinan digital.

“Salinan berkenaan sebagai bukti dan kegunaan pemandu selepas menghantar penumpang ke lokasi yang memerlukan mereka merentas sempadan, daerah atau negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Ka Siong berkata, salinan itu bertujuan mengelakkan kebenaran beroperasi kepada perkhidmatan pengangkutan awam diambil kesempatan pihak tidak bertanggungjawab dan ingkar arahan PKP. 

“Selain itu, kita tidak mahu pihak tidak bertanggungjawab itu merentas sempadan bagi tujuan yang tidak dibenarkan, yang secara tidak langsung akan menggagalkan usaha kerajaan menangani COVID-19,” katanya. – BH Online

Tags: e-hailingperintah kawalan pergerakanrentas daerahrentas negeriTeksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

23/12/2025
0

SEPANG: Seorang wanita warga emas yang juga pemandu e-hailing, parah di leher dan lengan kiri akibat dikelar dengan senjata tajam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd