• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thaipusam: Sambut Upacara Agama Di Rumah Satu Rahmat

oleh
27/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pada setiap tahun, kebiasaannya penganut agama Hindu menyambut perayaan Thaipusam sempena memperingati kelahiran Dewa Murugan dengan menghadiri upacara keagamaan dan perarakan pedati di kuil.

Namun, pada tahun ini, Thaipusam yang akan diraikan esok tidak seperti tahun sebelumnya apabila kerajaan memutuskan tidak membenar sambutan secara besar-besaran di kuil di seluruh negara.

Akur dan sedar mengenai keputusan kerajaan itu dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19, K. Shanmuga Nathan, 44, dari Jalan Changkat Jong, Teluk Intan bersama-sama keluarga akan meraikan secara sederhana serta bersembahyang di rumah, dan menyifatkannya sebagai satu rahmat. 

“Terima kasih kepada kerajaan kerana buat keputusan tidak membenarkan sambutan besar-besaran di kuil kerana kita juga takut hendak keluar rumah dan kalau meraikan di kuil, takut wujud pula kluster baharu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata walaupun sambutan agak berbeza kerana tidak dapat ke kuil, menyambut perayaan Thaipusam bersama ahli keluarga di rumah dalam keadaan yang sihat perlu dihargai dan lebih bermakna. 

“Sudah pasti saya juga akan berdoa agar masalah COVID-19 ini dapat diatasi segera dan kita kembali jalani kehidupan seperti biasa,” katanya. 

Sementara itu, kebenaran kepada hanya lima ahli jawatankuasa atau petugas kuil hadir ke rumah ibadat sempena perayaan tersebut memberi kelegaan buat M. Devithran, 28, dari Kampung Baru Lahat di sini dan menerima ketetapan kerajaan dengan hati terbuka kerana ia untuk kebaikan bersama dalam mengekang penularan wabak COVID-19. 

“Walaupun tiada kavadi, tiada menjunjung belanga berisi susu serta pecah kelapa dan mencukur rambut, saya akan melakukan sembahyang di Kuil Dewa Muniswarer Lahat kerana saya adalah petugas di kuil ini dan dibenarkan untuk melakukan sembahyang di situ.

“Memang agak sedih tidak dapat bertemu rakan-rakan dan sanak saudara. Tetapi tidak mengapa, mungkin tahun depan kita boleh meraikan kembali perayaan Thaipusam seperti biasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: agama hindupandemik COVID-19Thaipusam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

24/01/2024
0

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam. IKUTI...

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

05/02/2023
0

GEORGETOWN - Dua lelaki dipercayai geng kongsi gelap ditahan selepas memeras ugut seorang peniaga di tapak gerai perayaan Thaipusam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd