• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Faham Sistem Ranking, Baik Diam” – TMJ

oleh
26/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata mana-mana individu perlu memahami proses dan sistem ranking terlebih dahulu sebelum mempertikai mengenai kedudukan skuad Harimau Malaya.

Malah, beliau yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, individu yang berada dalam kelab juga boleh memainkan peranan dalam menyumbang kepada pembangunan dan ranking bola sepak negara ini.

“Nak tegur pasal isu kelab atau gaji boleh, tetapi nak tegur pasal ranking…kena faham proses dan sistem ranking dahulu.

“Nak memajukan bola sepak dan pasukan kebangsaan? Fokus kepada kelab anda. Kelab membangun, tahap liga dan infrastruktur bola sepak membangun, maka makin tinggi ranking pasukan kebangsaan.

“Sekarang duduk diam-diam dan kalau tak faham datang sini,” kata TMJ menerusi ruangan Instastory pada akaun Instagram miliknya.

Isu ranking skuad Harimau Malaya menjadi perdebatan hangat sebelum ini antara beberapa individu termasuk bekas pemain kebangsaan dan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman.

Semalam, BH Sukan melaporkan TMJ membidas individu yang ada jawatan dan pemilik kelab yang hanya tahu bercakap tanpa menyumbang sesuatu kepada bola sepak negara.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut kenyataan pedasnya itu ditujukan kepada siapa.

Menerusi hantaran pada Instagram sama, TMJ menganggap bola sepak negara sudah semakin meningkat termasuk dari segi persembahan skuad kebangsaan.

“Pasukan semua makin kompetitif dan proaktif. Ranking kebangsaan perlahan-lahan akan naik,” katanya.

“JDT dan Kedah dalam AFC akan memberi sumbangan kepada ranking skuad kebangsaan. Dulu hanya ada JDT sahaja dalam kejohanan AFC.

“Sekarang, Alhamdulillah ada Kedah dan Terengganu. Secara automatik ranking akan naik. Jadi yang ada ini nak publisiti dan tak tahu pasal bola baik diam saja.” – BH Online

Tags: Harimau MalayaJDTrankingTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd