• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Strategi Subsidi Kurangkan Impak Negatif Harga Minyak Sawit

oleh
20/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Strategi subsidi minyak masak yang dilaksanakan kerajaan telah mengurangkan impak negatif akibat turun naik harga minyak sawit di pasaran dunia terhadap pengguna tempatan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata peningkatan harga minyak masak dalam pasaran tempatan masih pada kadar rendah walaupun harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat ketara pada Julai 2019 hingga Januari 2021.

“Selain itu, pengguna mempunyai pilihan untuk membeli minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) pada harga RM2.50 terutama bagi golongan B40,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jangan Risau… Klik sini

Beliau berkata kementerian itu amat prihatin dengan isu kenaikan harga minyak masak dalam pasaran tempatan yang berlegar di media sosial kebelakangan ini yang mengaitkannya dengan kenaikan harga MSM.

“Data Lembaga Minyak Sawit Malaysia menunjukkan bahawa sekitar satu juta tan minyak sawit adalah untuk pasaran minyak masak tempatan dengan pecahan 0.72 juta tan untuk yang bersubsidi dalam paket plastik satu kg.

“Manakala, selebihnya sebanyak 0.28 juta tan adalah tidak bersubsidi yang boleh didapati dengan botol  satu kg hingga lima kg dan tin 17 kg,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sepanjang tempoh 2019 hingga 2020, harga purata MSM dalam pasaran tempatan telah mencecah paras terendah iaitu pada Julai 2019 dengan RM1,879.00 satu tan dan meningkat kepada paras tertinggi iaitu RM3,620.50 satu tan pada Disember 2020.

Mohd Khairuddin berkata harga MSM meningkat sebanyak 92.7 peratus atau RM1,741.50 satu tan berbanding paras terendah yang direkodkan pada 2019.

“Harga minyak sawit dan produk berasaskan sawit adalah ditentukan oleh pasaran dunia melibatkan faktor-faktor seperti pemintaan dan penawaran minyak serta lelemak dunia dan pelbagai faktor lain.

“Peningkatan harga ini juga telah meningkatkan hasil kepada negara selain dapat membantu kira-kira 500,000 pekebun kecil sawit meningkatkan taraf sosioekonomi pada ketika ini,” katanya.

Beliau berharap harga pasaran sawit dunia akan terus kekal tinggi pada tahun ini supaya rakyat dapat menikmati manfaat daripada kenaikan harga tersebut melalui pulangan kepada kerajaan.

Malaysia mengeksport sebanyak 24 juta tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM64.8 bilion bagi tempoh Januari hingga November 2020. – BERNAMA

Tags: minyak sawitsubsidi minyak masak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd