• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Baharu BPR Dibuka Sehingga 15 Februari

oleh
27/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Proses permohonan baharu untuk Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang dipercepatkan daripada Mei kepada hujung Februari sudah dibuka untuk permohonan sehingga 15 Februari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata permohonan BPR itu boleh dibuat melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my. 

“Bantuan berkenaan diharap dapat memanfaatkan lebih lapan juta penerima B40 yang lulus di bawah BPN 2.0 dan Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020), selain mereka yang lulus permohonan baharu kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-38 secara maya, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) awal bulan ini berkata, fasa pertama BPR akan membabitkan lebih lapan juta penerima.

BPR akan memanfaatkan golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan dengan bantuan sebanyak RM300, manakala bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 akan menerima RM150.

Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bekerjasama rapat dengan Yayasan Hasanah untuk mempercepatkan penyampaian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bermula bulan depan.

“Ini bagi memastikan anak-anak kita dari keluarga B40 dapat meneruskan pelajaran secara dalam talian walaupun dari rumah. Ini adalah salah satu cara kita memanfaatkan ekosistem Kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan. 

“Ini juga bukan kali pertama Yayasan Hasanah berganding bahu dengan KPM bagi menyumbang kepada perkembangan sektor pendidikan terutama bagi pelajar di luar bandar. 

“Untuk pengetahuan umum, dari 2015 hingga 2019, Yayasan Hasanah sudah membelanjakan sebanyak RM363 juta untuk tujuan ini,” katanya. – BH Online

Tags: bantuan prihatin rakyatBPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerima BPR Terima Bayaran Mulai Hari Ini

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR, akan dikreditkan ke dalam akaun...

Keputusan Rayuan BPR Pada Penghujung September

06/09/2021
0

BERA - Kerajaan akan mengumumkan keputusan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada penghujung September ini. Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd