• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PERMAI: Pelepasan Cukai Peralatan Teknologi Dilanjut

oleh
18/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh pelepasan cukai khas ke atas pembelian peralatan teknologi dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membabitkan pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet.

Menurutnya, kerajaan melihat pelbagai insentif dan pelepasan cukai berjaya meransang ekonomi dalam beberapa sektor.

“Selaras dengan keperluan normal baharu yang banyak bergantung kepada penggunaan alat digital, suka saya berkongsi bahawa pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang berakhir pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pengumuman pakej bantuan khas yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga melanjutkan tempoh capaian internet percuma sebanyak 1 Gigabit yang diberi kepada orang ramai untuk melayari laman web termasuk tujuan pendidikan.

“Kemudahan yang bernilai RM500 juta itu bermula pada 1 Januari lalu dan akan dilanjutkan sehingga hujung April depan.

“Selain itu, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung April,” katanya.

Katanya, kerajaan berharap kedua-dua usaha industri telekomunikasi berkenaan akan dapat meringankan beban pengguna. – myMetro Online

Tags: pelepasan cukaiperalatan teknologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Itu Pelepasan Cukai?

Apa Itu Pelepasan Cukai?

28/10/2024
0

Ramai orang menyebut tentang pelepasan cukai setiap kali berbicara mengenai cukai pendapatan. Bagaimanapun, tidak semua orang yang bercakap mengenainya memiliki...

Pelepasan Cukai Kepada Pendeposit SSPN Dilanjutkan Tahun Ini – PTPTN

Pelepasan Cukai Kepada Pendeposit SSPN Dilanjutkan Tahun Ini – PTPTN

10/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelepasan kepada cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, dilanjutkan pada tahun ini kepada ibu bapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd