• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembayaran Bulan Pertama i-Sinar RM10.07 Bilion

oleh
06/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini sudah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta, sejak permohonan di bawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember lalu.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah sebanyak RM19.62 bilion, dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion yang dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari lalu.

“KWSP maklum bahawa sebahagian besar daripada 1.4 juta permohonan yang masih belum diluluskan, berada di dalam kriteria Kategori 2, yang akan dibuka untuk permohonan mulai 11 Januari ini. 

“Bagi ahli yang termasuk dalam Kategori 2, mereka disarankan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan seperti slip gaji rasmi yang tertera jumlah keseluruhan gaji atau penyata bank untuk dimuat naik di i-Sinar Online.

“Untuk memastikan proses permohonan berjalan dengan lancar dan pantas, ahli hendaklah memastikan semua dokumen yang dihantar adalah jelas, sah dan dapat menyokong permohonan mereka,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, daripada jumlah keseluruhan 3.88 juta permohonan diterima, 701 permohonan tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab seperti perbezaan nombor akaun bank, permohonan dibuat untuk ahli yang sudah meninggal dunia atau ahli sudah pun berumur 55 tahun berikutan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka.

“KWSP memberi jaminan kepada ahli bahawa setiap aspek keselamatan diambil kira bagi mengelakkan pihak ketiga atau penipu yang tidak bertanggungjawab daripada membuat permohonan palsu dan menjejaskan simpanan persaraan ahli. 

“KWSP juga ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan permohonan i-Sinar mereka di platform media sosial, kerana ia boleh mendedahkan mereka kepada penipuan dan aktiviti penipuan,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, mengambil kira situasi semasa COVID-19, ahli adalah digalakkan untuk memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my dan tidak perlu hadir di cawangan KWSP. 

Permohonan i-Sinar akan terus dibuka sehingga 30 Jun ini. – BH Online

Tags: i-SinarKWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd