• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Premis Makanan Dilanjut Hingga Jam 10 Malam

oleh
21/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melanjutkan operasi kedai makan, restoran dan perkhidmatan penghantaran sehingga 10 malam, mulai esok. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mendengar rintihan rakyat yang mahu operasi kedai makan dilanjutkan berbanding sebelum ini hanya terhad kepada 8 malam. 

“Trending di media sosial mengenai rungutan orang ramai apabila kedai makan dan restoran ditutup awal iaitu 8 malam. 

Jangan Risau… Klik Sini

“Saya katakan kerajaan mendengar setiap pandangan dan rungutan rakyat.

“Sidang khas hari ini bersetuju melanjutkan operasi kedai makan, restoran dan khidmat penghantaran sehingga 10 malam mulai esok,” katanya dalam sidang media PKP di sini, hari ini. 

Beliau berkata, pelanjutan itu turut membabitkan gerai, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kios yang dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam. 

Menurutnya, aktiviti penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata, seramai 184,607 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 membabitkan 6,869 majikan dan 845 klinik setakat hari ini. 

“Daripada jumlah ini, sebanyak 3,655 disahkan positif Covid-19 manakala 180,952 lagi negatif.

“Dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja warga asing, kerajaan menguatkuasakan ujian saringan Covid-19 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menguatkuasakan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

“Mana-mana majikan yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang dan penalti,” katanya. – myMetro Online

Tags: kedai makanperintah kawalan pergerakanrestoran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Di 7 Negeri

Next Post

Tokpa Kongsi Pengalaman Dirawat Akibat Covid-19

Related Posts

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

04/06/2024
1

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kejadian pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah kedai makan dekat sini....

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Next Post

Tokpa Kongsi Pengalaman Dirawat Akibat Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd