• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Bidas Mahathir Anggap HSR Tak Penting

oleh
08/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang dibatalkan baru-baru ini tidak penting.

Najib menyifatkan Dr Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi itu tidak tahu mengenai kepayahan rakyat yang perlu berulang-alik dari Malaysia ke Singapura setiap hari untuk bekerja.

“Ini kes orang yang tak pernah duduk dalam kereta untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura ataupun tak tahu Tambak Johor sering sesak.

“Cuba tanya mereka yang duduk di Muar atau Batu Pahat yang bekerja di Singapura bahawa mereka cuma jimat 15 minit dengan HSR (30 minit).

“Tanya juga penduduk Melaka, mereka cuma jimat 15 minit untuk pergi ke Kuala Lumpur dengan HSR (40 minit),” katanya di laman Facebook beliau pada malam Khamis.

Pada Khamis, Dr Mahathir pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana berkata, projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang dibatalkan baru-baru ini bukan satu projek penting.

Menurutnya, ini disebabkan negara masih boleh menunggu sekurang-kurangnya 20 tahun lagi untuk diadakan projek seperti itu.

Dr Mahathir turut mempersoalkan kerajaan perlu membayar jumlah wang yang banyak bagi projek yang hanya menjimatkan masa perjalanan selama 15 minit.

Sementara itu, Najib secara sinis mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir itu.

“Jimat 15 minit berbanding apa? Berbanding naik jet peribadi anak dan kroni dia atau naik kereta terbang nasional projek gagalkrasi Pakatan Harapan?” soal Najib.

Najib berkata, HSR penting kerana melengkapkan visi integrasi ASEAN apabila dua ibu kota terpenting di rantau ini dihubungkan.

Selain itu, katanya, projek itu juga akan menjadikan Malaysia sebahagian daripada rangkaian kereta api laju di Asia.

“Selain memudahkan perjalanan rakyat, HSR penting sebab ia akan merancakkan ekonomi serta sektor pelancongan Malaysia dan menarik pelaburan asing yang bakal menjana 110,000 peluang pekerjaan serta memberi keuntungan lebih RM6 bilion setiap tahun kepada negara,” katanya.

Pada 1 Januari lalu, kerajaan Malaysia dan Singapura menerusi satu kenyataan bersama mengumumkan pembatalan projek HSR selepas tempoh penangguhan perjanjian terbabit berakhir pada 31 Disember 2020.

Menurut kenyataan bersama itu, kedua-dua negara akan mematuhi tanggungjawab masing-masing dan meneruskan tindakan yang diperlukan hasil daripada penamatan perjanjian terbabit. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadNajib Tun RazakProjek HSR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Fikirkan Rakyat, Bukan Pilihan Raya”

Next Post

‘Pentadbiran Baharu’ AS Bermula 20 Januari – Trump

Related Posts

Projek HSR: PM Anwar Maklum Baru Terima Laporan Firma Jepun Didakwa Tarik Diri

Syarikat Jepun Tarik Diri Projek HSR KL-Singapura

12/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Firma Jepun membuat keputusan membatalkan rancangan mereka untuk terbabit dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura,...

Dua Beradik Dirempuh Lori Agensi Penyelamat Menang Saman RM1.12 Juta

Projek HSR: PM Anwar Maklum Baru Terima Laporan Firma Jepun Didakwa Tarik Diri

12/01/2024
0

KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau baru sahaja menerima laporan berhubung laporan berita mengenai firma Jepun yang...

Next Post

'Pentadbiran Baharu' AS Bermula 20 Januari - Trump

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd