• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moratorium, ‘Overlapping’ Usahawan TEKUN Terkesan Banjir

oleh
20/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – TEKUN Nasional menawarkan Inisiatif Prihatin Banjir kepada usahawan TEKUN yang terkesan dengan banjir sehingga premis perniagaan terjejas, kerosakan stok barangan ataupun keroskan pada kediaman masing-masing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata antara kemudahan yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional adalah menyediakan moratorium sehingga enam bulan kepada usahawan yang sukar membayar balik pembiayaan akibat terkesan dengan banjir.

Jelasnya, usahawan TEKUN yang terjejas dengan banjir dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan dalam akaun pembiayaan mereka dan boleh membuat penjadualan semula pembiayaan.

Jangan Risau… Klik sini

“Bagi usahawan TEKUN yang mengalami kerosakan premis perniagaan dan stok barangan, mereka boleh memohon pembiayaan bertindih (overlapping) untuk memulakan semula perniagaan yang terjejas.

“Dalam tempoh yang sukar ini usahawan seharusnya dibantu bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan dan kelangsungan hidup mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) hari ini.

Jelas MEDAC, usahawan boleh mengemukakan permohonan di semua Pejabat TEKUN Cawangan dengan menyertakan dua keping gambar premis perniagaan atau rumah yang terlibat bencana banjir serta mendapatkan pengesahan pegawai TEKUN di cawangan berdekatan bencana tersebut.

Permohonan boleh dikemukakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh berlakunya bencana banjir, sementara maklumat lanjut berhubung inisiatif tersebut akan diuar-uarkan di laman media sosial TEKUN dalam tempoh terdekat.

Menurut kenyataan itu, sejak diwujudkan pada 1998 sehingga 2020, TEKUN Nasional telah memberi pembiayaan perniagaan kepada 474,965 usahawan yang bernilai RM6.4 billion di seluruh negara.

TEKUN Nasional terus komited membantu usahawan mikro dalam menyediakan pembiayaan serta pembangunan usahawan, demikian menurut kenyataan tersebut. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirmoratoriumTekunusahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd