• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MKT UMNO Buat Keputusan Isu Kerjasama Malam Ini

oleh
06/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini dijangka memutuskan mengenai pendirian parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), termasuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

UMNO juga dijangka menyatakan pendiriannya sama ada Ahli Parlimen parti itu yang berada dalam kerajaan ketika ini perlu meletak jawatan menteri dan timbalan menteri, yang sekali gus boleh menjurus kepada kemungkinan kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan. 

Ini antara agenda penting yang dijangka akan disentuh mesyuarat MKT malam ini, susulan pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua-ketua bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi semalam.

Selepas perjumpaan itu, Ahmad Zahid juga mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu negara.

Sebelum mesyuarat MKT, UMNO juga dijadual mengadakan mesyuarat Biro Politik petang ini, dengan kehadiran semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, antara lain untuk membuat ketetapan rasmi mengenai agenda yang bakal diketengah dalam mesyuarat MKT. 

Usul menolak kerjasama dengan BERSATU pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sebelum ini dibangkitkan lebih 140 bahagian UMNO dalam mesyuarat mereka yang berlangsung secara serentak, hujung minggu lalu.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam kenyataannya malam tadi mengesahkan perkara itu akan disentuh dan dijangka diputuskan dalam mesyuarat MKT, malam ini.

“Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan berbincang segala kemungkinan. MKT bermesyuarat esok. Seperti mana dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, lebih 140 bahagian mengusulkan menolak kerjasama dengan BERSATU.

“MKT ambil maklum sentimen itu dan esok akan berbincang dan mempertimbang segenap sudut, ke arah pendirian rasmi,” katanya.

Beliau juga berkata, sungguhpun kerjasama dengan BERSATU diputuskan, UMNO mahu supaya kerjasama yang terjalin dengan PAS dalam Muafakat Nasional diteruskan. 

“Saya hanya boleh menyentuh pendirian UMNO, iaitu UMNO masih menaruh harapan untuk mengukuhkan kerjasama dengan PAS. Jika pertalian UMNO-BERSATU terputus sekalipun, UMNO tidak akan membelakangkan persahabatan Muafakat Nasional yang sudah terbentuk,” katanya.

Difahamkan, BERSATU juga akan mengadakan mesyuaratnya hari ini bagi membincangkan mengenai usul UMNO bahagian, namun lokasi dan masa mesyuarat tidak dimaklumkan kepada media. 

Pada 27 Oktober lalu, mesyuarat MKT UMNO memutuskan untuk terus mendokong kerajaan PN dan mengarahkan menteri serta timbalan menterinya kekal dalam kerajaan, selain menolak kerjasama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta DAP.

UMNO juga sebelum ini membuat keputusan supaya Ahli Parlimennya terus mendokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU ke-15, yang dijangka diadakan sebaik saja wabak COVID-19 reda.

Konflik di antara UMNO dan BERSATU berlarutan hingga kini ketika kedua-dua parti sedang merundingkan agihan kerusi PRU, dengan akar umbi UMNO menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan BERSATU yang mahukan supaya sebahagian kerusi dimenangi UMNO pada PRU 2018, ditandingi calon mereka.

Ini termasuk di Parlimen Masjid Tanah, selepas Ahli Parlimennya yang juga Naib Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin kelmarin, menegaskan bahawa beliau komited sebagai wakil rakyat kawasan itu dan berpendirian untuk mempertahan kerusi berkenaan pada PRU ke-15.

Bulan lalu, konflik dua parti ini juga tercetus di Perak yang menyaksikan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan Menteri Besar Perak, sebelum Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mengambil alih jawatan itu. 

Dalam pada itu, agenda lain yang akan disentuh dalam mesyuarat MKT malam ini berkaitan penganjuran Perhimpunan Agung UMNO, yang dijadual berlangsung pada hujung bulan ini. – BH Online

Tags: BERSATUMKT UMNOmuafakat nasionalperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir Di Pahang, Terengganu, Kelantan Bertambah Buruk

Next Post

Sultan Selangor Dukacita Dakwaan Masjid, Surau Ditutup

Related Posts

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

03/11/2024
0

Kota Bharu : Tiga daripada 14 bahagian BERSATU di Kelantan tidak dapat mengadakan pemilihan parti semalam disebabkan bahagian berkenaan digantung...

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

07/08/2024
0

Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu Bahagian Jeli mengumumkan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta dan beralih sokongan kepada...

Next Post

Sultan Selangor Dukacita Dakwaan Masjid, Surau Ditutup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd